KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, July 6, 2012

SEKITAR MESYUARAT MPN KEADILAN PAHANG DI TEMERLOH

Mesyuarat bulanan MPN KEADILAN Pahang telah diadakan pada 04 Jul 2012 baru-baru ini mulai jam 09.00 malam bertempat di Rumah Rehat Temerloh.  Semua Ahli MPN telah hadir kecuali beberapa pimpinan Cabang yang tidak hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tetapi menghantar wakil masing-masing.



Mesyuarat tersebut telah diPengerusikan oleh Timbalan Pengerusi MPN, Sdr Ahmad Nizam Hamid kerana Ybhg Dato' Fauzi Abd Rahman mempunyai urusan di Kuala Lumpur.

Di antara perkara-perkara penting yang dibincangkan adalah berkaitan dengan persiapan Himpunan Orang Asal Se Pahang yang dijadualkan pada 08 Jul ini dan juga program ceramah Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lipis pada 10 Jul ini.  



Di samping itu, mesyuarat juga turut membincangkan tahap persiapan semua Cabang di dalam menghadapi PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi.  Mesyuarat malam tersebut turut memandang serius tentang beberapa program ceramah yang dianjurkan samada oleh KEADILAN, PAS mahu pun DAP yang kadangkala tidak menunjukkan kesepakatan bersama.  Justeru itu, MPN berharap agar kerjasama lebih padu hendaklah ditunjukkan sejajar dengan konsep Pakatan Rakyat.  



Setakat ini, hubungan KEADILAN dengan PAS dan DAP amat baik cuma dari segi teknikal di dalam menjayakan program ceramah perlu diperbaiki lagi.  Tahniah kepada yang hadir dan lakukan tugas sebaik mungkin.


Thursday, July 5, 2012

HIMPUNAN ORANG ASAL SE PAHANG DI KUALA KRAU PADA 08 JUL 2012



Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan mengadakan "Himpunan Orang Asal Se Pahang" pada 08 Julai 2012 (Ahad) mulai jam 09.00 pagi bertempat di Kg Penderas, Kuala Krau, Pahang.  Himpunan ini adalah merupakan himpunan terbesar melibatkan Orang Asal seluruh Negeri Pahang di mana objektif utamanya adalah untuk memartabatkan kedudukan Orang Asal di negeri ini khususnya, dan negara ini amnya.


Di antara kepimpinan yang terlibat sepanjang program ini adalah seperti berikut:

1.  YB Abdullah Sani (MP Kuala Langat) - Merasmikan Program Himpunan Orang Asal Se Pahang.

2.  Ybhg Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi KEADILAN Pahang) - Menutup program.

3.  Tuan Hj Suhaimi Said/Sdr Bob Manolan ( Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal) - Membentang Kertas Kerja.

4.   Sdr Rebin Berham (S/Usaha Biro) - Sesi penggulungan.


Turut berucap di awal program sebagai sesi Pemanas Kata adalah:

1.  Sdri Fellicia Ling

2.  Puan Fatimah Bahsin

3.  Sdr Michael Jok (Sarawak)

Berikut adalah Aturcara Penuh Program Himpunan Orang Asal Se Pahang (08 Julai 2012):

09.00 Pagi - Semua peserta mendaftar.

10.00 Pagi - Ucapan Pemanas Kata.

11.30 Pagi - Perasmian Oleh YB Abdullah Sani.
                - Persembahan Sewang dari Orang Asal.
                - Ucapan Oleh Tuan Hj Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal.

12.30 - 02.00 Ptg - Rehat/Makan Tengahari (Makan tengahari disediakan)

02.00 - 03.00 Ptg - Pembentangan Kertas Kerja (Hala Tuju Perjuangan dan Manifeso Orang Asal) di Pengerusikan oleh Man Kadir@Pak Jabit.

03.00 - 04.30 Ptg - Sesi Perbahasan oleh peserta Orang Asal/Wakil (Permasalahan Orang Asal) di Pengerusikan oleh Sdr Ahmad Nizam Hamid.

04.30 - 05.00 Ptg - Sesi Penggulungan Oleh Sdr Rebin Berham.  DiPengerusikan oleh Tuan Hj Suihaimi Said.

05.00 Ptg - Majlis Penutup Oleh Ybhg Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi KEADILAN Pahang)

               -  Minum Petang (Disediakan).

Kepada semua Cabang dan kawasan yang terdapat di kawasan masing-masing kaum Orang Asal, mohon hebahkan program ini dan berikan kerjasama di dalam memberikan bantuan yang diperlukan agar mereka dapat hadir di dalam program yang diadakan ini.

Orang ramai juga dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.  Mohon kerjasama pihak media untuk menghebahkan program ini dan pihak media juga dijemput hadir.   

*  Sebarang maklumat lanjut, sila berhubung dengan Tuan Haji Suhaimi Said/Sdr Bob Manolan.





Wednesday, July 4, 2012

VIDEO - YB FUZIAH JAWAB MENGAPA BELIAU TIDAK HADIR DI PARLIMEN BAHAS ISU LYNAS

Kes Scorpene: 153 dokumen polis Perancis didedah

Antara bahagian daripada 153 dokumen yang didedah Asia Sentinel


KUALA LUMPUR 3 Julai: Sebanyak 153 dokumen rasmi dimuat naik ke dalam laman web Asia Sentinel berhubung siasatan polis Perancis dalam kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.



Antara bahagian daripada 153 dokumen yang didedah Asia Sentinel

Dokumen itu dibentang kepada Mahkamah Perancis pada Mei dan Jun 2011, menjelaskan urusniaga Scorpene oleh firma pertahanan Perancis, DCN kepada Kementerian Pertahanan Malaysia.

Menurut Asia Sentinel, ia mendedahkan rasuah kedua-dua belah pihak termasuk unsur “Peras ugut, penyalahgunaan pengaruh, salahguna aset korporat dan penyembunyian maklumat.

“Dokumen-dokumen menunjukkan bahawa banyak aktiviti-aktiviti ini dijalankan dengan pengetahuan penuh pegawai tertinggi di kedua-dua kerajaan Perancis dan Malaysia,” lapor laman ini.

Lapor Asia Sentinel, sebelum ini terdapat keraguan di Malaysia sama ada dokumen berkenaan benar-benar wujud atau direka oleh Pakatan Rakyat.

“Ini adalah bukti bahawa dokumen ini memang wujud. Pembaca yang berbahasa Perancis boleh memeriksanya pada masa lapang mereka,” dedah Asia Sentinel.

 

Dokumen berkenaan dihantar pengirim tanpa nama kepada Asia Sentinel, ekoran pendedahan berterusan portal antarabangsa itu membongkar rasuah Scorpene sejak pembunuhan Altantuya Shaariibu pada 2006.

Menurut Asia Sentinel, adalah diketahui Altantuya menemani Menteri Pertahanan ketika itu, Najib Razak ke Paris dalam rundingan kontrak kapal selam berkenaan.

Antara dokumen yang menjadi tumpuan ditanda sebagai doc 156, 151, 136, 87 dan 97./Keadilan Daily

Tuesday, July 3, 2012

TIDAK PERLU MASUK PAKATAN RAKYAT, ARTIS JUGA MENDAPAT GERAN TANAH

Saban hari media Umno memburuk-burukkan Pakatan Rakyat, namun hakikatnya rakyat sendiri yang boleh menilai mana satukah intan berlian dan mana satukah kaca berbisa.  Sehingga kini, tiada satu isu pun yang benar-benar boleh menjejaskan nama baik pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya yang kini sedang mengetuai beberapa kerajaan negeri.

Umno sentiasa mencari-cari isu untuk dijelmakan kepada rakyat kononnya kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat lebih teruk daripada mereka memerintah.  Siapa yang boleh percaya akan propaganda murahan Umno ini, sedangkan Laporan Audit Negara sendiri pun memberikan pujian kepada negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Akhirnya, apabila kehabisan modal maka isu sampah yang tidak dikutip atau lewat dikutip pun menjadi isu besar seolah-olah lebih besar dari isu PKFZ, isu NFC atau isu rasuah Khir Toyo.

Datuk Jefrydeen bersama MB Selangor, Tan Sri Khalid
 
Kelmarin di Selangor, seorang artis veteren iaitu Datuk Jefrydeen telah menerima surat hak milik tanah daripada kerajaan negeri.  Tanah yang kini menjadi milik beliau secara sah berada di Kampong Melayu Subang Tambahan.  Beliau di antara 20 penerima hak milik tanah di kawasan itu telah menetap di tanah tersebut sejak tahun 1996 tetapi tidak mendapat hak milik tanah sehinggalah kerajaan negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat.
 
“Saya berasa syukur dan gembira kerana menunggu lebih 10 tahun dan akhirnya ia menjadi kenyataan.   Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin akan masalah ini serta meluluskan permohonan saya. Sebelum ini saya pernah memohon beberapa kali sejak 1999 tetapi gagal,” kata penyanyi 65 tahun yang popular dengan lagu “Kenanganku” dan "Mas Mona" itu.
 
Majlis penyerahan itu disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dihadiri Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Rodziah Ismail, serta ADUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim.
 
Apakah beliau mendapat hak milik tanah tersebut setelah menyertai PKR, PAS atau DAP?  Jawapannya tidak.  Bahkan difahamkan beliau adalah penyokong kuat Umno.  Adakah penyokong Umno tidak berhak memiliki tanah?  Penyokong Umno juga berhak memiliki tanah kerana tanah ini anugerah Allah bukan dijadikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat.  Pemimpin cuma pemegang amanah agar boleh mengurus negara atau negeri dengan baik, jujur dan amanah.  Inilah dasar Pakatan Rakyat dan inilah juga yang bakal direalisasikan sekiranya kita dipilih untuk mentadbir negara ini.
 

Monday, July 2, 2012

SEKITAR CERAMAH RAFIZI DI FELDA LEPAR HILIR MALAM TADI

Malam tadi (01 Jul 12), KEADILAN Cabang Paya Besar telah mengadakan program ceramah di Felda Lepar Hilir 1 bertempat di sebuah kedai minum di kawasan peneroka tersebut.  Penceramah utama yang dijemput adalah Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN Pusat dan Sdr Mustafa Kamil Ayub, Ahli MPP.  

Turut hadir pada malam tadi adalah Tuan Hj Zahari Mamat (Ketua Cabang Paya Besar), Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan KEADILAN Pahang) dan Sdr Kamarzaman Yunus (Penolong S/Usaha KEADILAN Pahang/Penyelaras Dun Lepar).  

Sdr Mustafa Kamil Ayub - Ahli MPP

Seperti yang telah dijangka, kehadiran orang ramai malam tadi agak berkurangan kerana kebetulan pada hari yang sama PAS Pahang telah mengadakan Himpunan Hijau peringkat negeri bertempat di Markas PAS, Kerdau yang diberitakan mendapat sambutan di luar jangkaan.

Apa yang menariknya malam tadi di Lepar Hilir 1, di tengah-tengah penyokong PR yang hadir iaitu di kalangan mereka yang tidak menghadiri perhimpunan di Kerdau, terdapat ramai para penyokong Umno tempatan yang hadir walaupun berada di dalam jarak yang jauh dari lokasi ceramah.  Sesekali sewaktu ceramah berlangsung terdengar seorang dua dari penyokong-penyokong Umno cuba `mengusik' dengan menjerit "Hidup Umno" berulang kali.  

Sebelum Sdr Rafizi tampil di pentas, penceramah yang diundang iaitu Sdr Mustafa Kamil Ayub dan Sdr Razali Alias telah berucap dengan berbagai isu.  Sdr Mustafa Kamil banyak memperjelaskan tentang mengapa rakyat perlu menukar sokongan mereka dari Umno/Bn kepada Pakatan Rakyat.  Negeri-negeri yang ditadbir oleh PR terbukti jauh lebih baik dari negeri-negeri yang berada di bawah Umno/Bn.  Beliau turut membawa beberapa contoh kemajuan dan kebajikan yang telah dilaksanakan oleh beberapa negeri di bawah PR, di mana ianya sudah cukup untuk membuktikan bahawa PR mempunyai kebolehan yang lebih baik dari Umno/Bn memerintah negara ini.

Sdr Razali Alias - Ketua Penerangan KEADILAN Pahang

Ketua Penerangan KEADILAN Pahang, Sdr Razali Alias pula mengulas tentang kenyataan Mufti Pahang baru-baru ini yang memberikan `fatwa' kononnya `haram' mereka yang menyertai Perhimpunan Anti Lynas yang didakwa beliau sebagai anjuran pihak bukan Islam. Sdr Razali Alias menyuarakan rasa kesalnya kerana terdapat golongan ulamak atau ilmuan agama yang sanggup menjual agama demi kepentingan duniawi.  

Sdr Rafizi Ramli - Pengarah Strategi KEADILAN Pusat

Penampilan Sdr Rafizi selaku penceramah terakhir memang dinanti-nantikan.  Beliau memulakan ucapan dengan mengulas isu perletakan jawatannya di dalam Kerajaan Negeri Selangor.  Beliau berkata, perletakan jawatannya sama sekali tiada kena mengena dengan sebarang krisis di antara beliau dengan MB Selangor atau sesiapa pun.  Tiada sebab beliau mahu berselisih faham dengan MB Selangor yang semua rakyat tahu latar belakang Tan Sri Khalid ini iaitu seorang tokoh yang hebat mentadbir Kerajaan Negeri Selangor.  Peliknya kata Rafizi, isu perletakan jawatan beliau itu mendapat respon segera dari Najib.  "Najib, orang bertanya soal kapal selam dia tidak jawab.  Orang tanya tentang cincin RM24 Juta dan beg tangan isterinya, beliau tidak jawab.  DS Anwar minta Najib berdebat tentang dasar-dasar negara, lagi Najib tidak jawab...tapi, bila saya letak jawatan, Najib senyum lebar, dia jawab dan ulas isu ini di dalam TV..." Ujar Rafizi.

Rafizi tegaskan, segala isu yang dimainkan di dalam media kawalan Umno berkaitan perletakan jawatannya adalah propaganda murahan Umno.  "Saya berjanji di depan saudara-saudara, sekiranya saya khianat kepada perjuangan rakyat atau menjadi `katak lompat', saya akan `bersunat' sekali lagi", hujah beliau.

Beliau turut menyentuh isu bagaimana Najib menjadi pengkhianat negara apabila sanggup menjual rahsia keselamatan negara dengan menjual dokumen pembelian peralatan pertahanan negara yang mempunyai hubungkait dengan pembelian Scorpene.  Najib masih enggan mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen kerana beliau masih belum yakin Umno/Bn mampu berkuasa lagi selepas ini.  

Turut menjadi perkara yang diulas oleh Sdr Rafizi selain dari isu Scorpene, beliau turut menyentuh tentang skandal projek LRT di Kelana Jaya dan Ampang Jaya.  Beliau mendakwa terdapat campurtangan Najib di dalam penganugerahan projek ini kepada kroni beliau yang syarikat tersebut hanya mempunyai kepakaran di dalam membuat kepala paip sahaja.  

Isu Penyenaraian FGVH di dalam bursa saham turut diulas oleh Rafizi sebagai topik terakhir ceramah beliau.  Jelas katanya, warga felda tertipu dengan mainan licik pemimpin Umno di dalam isu penyenaraian ini.  Beliau telah memberikan beberapa hujah dan fakta yang membuktikan kenaikan harga saham yang kononnya tertinggi selepas facebook yang baru-baru ini diumumkan oleh Najib adalah penipuan terbesar Umno.  Para peneroka terus menjadi penonton kepada kerakusan orang-orang di atas mengaut keuntungan dari penyenaraian ini sedangkan tanah felda yang sebenarnya milik para peneroka terus digadaikan.

Kakitangan Kerajaan Tidak Setia Dengan BN



Pemimpin Pakatan Rakyat mengingatkan 1.4 juta penjawat awam bahawa mereka harus menjadi setia kepada Negara, Raja dan Perlembagaan Persekutuan dan bukannya setia kepada parti pemerintah.

"Mereka penjawat awam mesti ingat bahawa kerajaan hari ini boleh bertukar ganti dan parti politik yang membentuk kerajaan hari ini mereka boleh datang dan pergi ". Jadi, jika pihak yang memerintah pergi ke kawasan yang liar dan rosak dengan penyelewengan, rasuah dan kezaliman, adakah kita semua perlu ikut? Sudah tentu TIDAK... Anda masih kekal sebagai seorang penjawat awam dan kesetiaan anda adalah untuk berkhidmat kepada awam secara professional.

Baru-baru ini wujud kebimbangan tentang kekurangan kesetiaan itu di kalangan pegawai kanan kerajaan apabila Ketua Setiausaha yang baru dilantik, Datuk Seri Ali Hamsa baru-baru ini telah memulakan tugasnya dengan “permulaan buruk” apabila membuat kenyataan yang kurang professional dengan berkata “seharusnya anda lebih tahu" daripada mempercayai "janji kosong" yang dibuat oleh Pakatan Rakyat... satu pembohongan dari Ketua Setiausaha.

Sepatutnya Ali Hamsa sebagai penjawat tertinggi awam di negara ini, wajib menghormati Perlembagaan Persekutuan dan setia kepada Negara dan Raja. Kesetiaan kepada negara tidak harus disamakan sebagai "kesetiaan kepada Umno dan BN" dan penjawat awam adalah terikat untuk berkhidmat dengan kerajaan hari ini mengikut Perintah Am mereka serta berkhidmat secara profesional.

Setia kepada Najib Bawa Kehancuran

Perdana Menteri juga tidak perlu digunakan perkataan ‘SETIA’ terhadapnya kerana Perdana Menteri juga boleh ditukar ganti dengan mendapat mandat Rakyat.



Semalam, Najib Razak membuat kenyataan di PWTC mengatakan, BN telah diberi mandat oleh rakyat selama lima tahun untuk menunjukkan keupayaan untuk memimpin dan mentadbir negara membawa kemajuan dan memperjuangkan rakyat... dan tidak timbul soalan ‘tidak yakin’ kerana menangguhkan PRU13.
 
Apa yang timbul soal ‘tidak yakin’ itu adalah... Najib bukannya dipilih oleh Rakyat Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri, kerana beliau belum lagi mendapat mandat dari Rakyat dengan memenangi Pilihanraya Umum, tidak seperti tahun 2008, Abdullah Badawi mendapat mandat dari rakyat untuk menjadi Perdana Menteri.

Najib hanya menjadi Perdana Menteri Malaysia hanya kerana beliau ’menang tanpa bertanding’ jawatan Presiden Umno Baru...

Soal ‘tidak yakin’ memang timbul akibat kehancuran Umno Bn sekarang ini dan juga kemerosotan yang teruk sokongan Rakyat terhadap UmnoBn sejak kebelakangan ini akibat melakukan tindakan yang merendah-rendahkan kebijaksanaan Rakyat.




Kehancuran UmnoBn, samalah juga dengan tindakan Timbalan Menteri dari Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin (kanan) yang telah mengesahkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Umno Kerambai Kebatu awal bulan ini.

Beliau berkata "tiada apa yang mustahil dalam politik" dan menambah bahawa dia akan membuat ‘pertukaran’ jika itu yang dikehendaki oleh pengundinya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu telah secara berulang kali meminta perubahan dalam kepimpinan di Sabah dan mengatakan bahawa tidak ada ruang untuk orang-orang yang hanya "berfikir tentang masa depan kawan-kawan mereka sahaja”.

Anak-anak muda hanya ‘setia’ dengan kebijaksanaan berfikir, bukannya ‘setia’ dengan diperbodohkan oleh pemerintah.../Sumber