KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, March 1, 2018

PROGRAM TUN M KE PEKAN DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA


Pada hari Rabu (28 Feb 2018),  jam 10.00 pagi, Pengerusi Pakatan Harapan Yang Berbahagia Tun Dr Mohathir Mohamed telah menjejakkan kakinya sekali lagi ke Pahang.  Ketibaan beliau bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Lapangan Terbang Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan telah disambut oleh pimpinan PPBM Negeri Pahang serta pimpinan Pakatan Harapan Pahang dan sekumpulan penyokong Pakatan Harapan.




Kunjungan beliau kali ini adalah untuk mengadakan beberapa program di sekitar Parlimen Pekan, selepas beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan pucuk pimpinan Pakatan Hrapan Negeri Pahang di sebuah hotel di Bandar Kuantan.

Di antara siri program beliau adalah bertemu dengan masyarakat Orang Asal di Parlimen Pekan dan program kemuncaknya adalah siri Ceramah "Selamatkan Malaysia" bertempat di Felda Chini 2 pada jam 09.00 malam.  Awal mulanya program ceramah di Felda Chini 2, Pekan ini cuba diganggu oleh beberapa kumpulan dengan membuat laporan Polis serta ugutan untuk mempengaruhi pihak Polis agar membatalkan program Tun Dr Mahathir ke Felda Chini 2.    Pihak penganjur juga telah mengemukakan surat pemakluman kepada pihak Polis tentang semua program yang melibatkan Tun dan tiada bantahan dari pihak berkenaan.  



Kemuncak program ceramah yang telah diadakan di dalam kawasan Felda Chini 2 yang turut dihadiri oleh Tuan Hj Muhamad Sabu, Presiden Amanah dan Sdr Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) ternyata mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat setempat.  Turut berceramah adalah YB Ronnie Liew dari Dap Pusat, YB Leong Ngah Ngah selaku Pengerusi Dap Pahang, Sdr Wan Shahril selaku Pengerusi PPBM Pahang,  Sdr Saifudin Nasution, SUA Keadilan dan juga Sdr Syed Sadiq, Ketua Pemuda PPBM Pusat.  Sdr Razali Ithnain, selaku Penyelaras Dun Chini juga berucap selaku tuan rumah mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah serta pimpinan pusat yang lain.


Sambutan luar biasa di Felda Chini 2, Pekan ini menggambarkan bahawa semangat perubahan di kalangan rakyat khususnya warga felda tidak boleh dinafikan.  Di sebalik ugutan demi ugutan dan provokasi yang dilakukan oleh sekumpulan pihak tertentu untuk menakut-nakutkan masyarakat tempatan untuk hadir,  jelas jumlah yang hadir memenuhi kawasan depan, kiri dan kanan pentas utama membuktikan bahawa kepimpinan Najib, Umno dan Bn tidak lagi boleh diterima oleh masyarakat kawasannya sendiri.

Di dalam ucapannya, Tun menceritakan tentang perbezaan Umno dahulu seperti di era Almarhum Tun Abdul Razak, bapa kepada PM sekarang amat jauh berbeza dengan yang memimpin negara sekarang.   Almarhum Tun Abdul Razak, pengasas Felda yang banyak membantu masyarakat Melayu khususnya kini telah dimusnahkan oleh anaknya sendiri, Dato' Seri Najib.  Beliau turut menyentuh isu- isu penyelewengan dan skandal 1MDB yang mana isu-isu tersebut adalah menjadi faktor utama beliau keluar dari Umno dan menubuhkan PPBM.  

Isu-isu berkaitan felda juga banyak disentuh oleh Sdr Mazlan Aliman, Presiden ANAK.  Beliau turut mendedahkan beberapa penyelewengan dan salah urus yang dilakukan oleh Felda sehingga menyebabkan para peneroka kini hidup di dalam keadaan sukar dan menanggung hutang yang banyak.  Di samping itu juga, beliau memberikan beberapa perkara tentang Felda yang akan ditangani oleh kerajaan baru Pakatan Harapan dan manifesto Pakatan Harapan di dalam membaik pulih Felda sekiranya rakyat memberi peluang Pakatan Harapan ke Putrajaya, InsyaAllah.

Keadilan Negeri Pahang mengucapkan syabas kepada penganjur yang telah berjaya mengadakan program ini dengan baik, licin dan teratur.  Tahniah juga diucapkan kepada anggota pasukan keselamatan yang telah memberikan kerjasama yang baik di dalam mengawal aspek-aspek keselamatan sepanjang program ini.

Paling utama, tahniah dan syabas kepada masyarakat tempatan yang hadir memberikan sokongan di dalam program sepanjang hari semalam tanpa perasaan takut dan gentar.

No comments:

Post a Comment