KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, October 17, 2015

SAIFUDDIN ABDULLAH BAKAL MENYEMARAKKAN LAGI SEMANGAT KEADILAN PAHANG


KEADILAN Pahang mengucapkan syabas dan tahniah kepada mantan Timbalan Menteri yang juga mantan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, bekas MP Temerloh yang telah mengumumkan kemasukannya ke dalam Parti KEADILAN baru-baru ini.

Pengumuman beliau di Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana turut dihadiri oleh Presiden KEADILAN, Datin Seri Wan Azizah dan juga Timbalan Presiden, YAB Azmin Ali.  Turut hadir adalah Pengerusi MPN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman serta beberapa pimpinan Pusat yang lain.

Hilang keyakinan terhadap Umno di mana Umno gagal berubah serta skandal demi skandal di bawah pentadbiran PM selaku Presiden Umno menjadi sebab utama Datuk Saifuddin mengambil keputusan keluar dari parti tersebut.  Meskipun beliau sedar parti-parti Pembangkang yang lain juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dari Umno, namun beliau memilih untuk bersama KEADILAN kerana merasakan perjuangannya secucuk dengan parti reformasi ini.

Tanpa tawaran apa-apa samada di Pusat mahupun di negeri, Datuk Saifuddin menyatakan beliau ikhlas menyertai parti ini dan beliau sudah biasa dengan ketiadaan jawatan.  Jawatan bukanlah sesuatu yang menjadi sebab beliau keluar dari Umno.

Kita yakin dengan keikhlasan tokoh dari Temerloh ini kerana kita dapat lihat perjuangannya selama berada di dalam Umno, beliau lantang dan berani bersuara menegur kepimpinan.  Beliau juga seorang yang terbuka dan boleh menerima perbezaan pendapat.  Banyak pentas debat dan forum yang disertainya bersama tokoh-tokoh dari Pembangkang membuktikan keberaniannya di dalam menyuarakan pendapat.

Kemasukannya ke dalam KEADILAN khusus di peringkat negeri ini sudah tentu akan menyemarakkan lagi semangat dan usaha KEADILAN Pahang untuk lebih bekerja kuat bagi menjadikan Pahang negei yang bakal dirampas di dalam PRU akan datang, InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment