ESOK, Sabtu (15/8/15) jam 4.00 Petang 
sehingga 07.00 petang, KEADILAN Negeri Pahang akan mengadakan Rumah 
Terbuka Aidil Fitri KEADILAN Pahang, bertempat di Dewan Perhimpunan 
Cina, Bandar Bentong.  Kehadiran tetamu undangan adalah Presiden 
KEADILAN Pahang, YB Datin Seri Wan Azizah serta Timbalan Presiden, YAB 
Azmin Ali dan pimpinan KEADILAN Pusat serta Negeri.  Kepimpinan Pas dan 
Dap Pahang juga turut dijemput bersama.
Seluruh
 rakyat Negeri Pahang khususnya serta NGOs, penyokong-penyokong 
mana-mana parti politik turut dijemput bagi meraikan Aidil Fitri yang 
kali ini Bentong dipilih sebagai Tuan Rumah.
Pada
 majlis tersebut turut akan disajikan dengan Deklamasi Puisi tentang 
perjuangan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di penjara Sg 
Buluh.  Sebelum itu, satu sesi taklimat tertutup oleh Presiden dan 
seluruh Ahli MPN KEADILAN Pahang akan diadakan sempena Program Jelajah 
Presiden. 

 
No comments:
Post a Comment