KUALA LUMPUR 21 MEI- Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd
 Akin menyifatkan Rancangan Malaysia KE-11 yang dibentangkan Perdana 
Menteri, Datuk Seri Najib Razak  hanya gula-gula kepada rakyat.
Katanya, rancangan pembangunan setiap lima tahun itu pada kali ini 
tiada pendekatan menyeluruh terutama daripada segi aspek infrastruktur 
dan pembangunan pendidikan.
“Nampak jelas pembentangan itu hanyalah sekadar membuat pengumuman 
dengan memberikan gula-gula kepada rakyat,” kata Shamsul ketika ditemui 
Keadilan Daily di Parlimen.
Sehingga kini, katanya, dasar yang diwujudkan kerajaan masih gagal 
ekoran wujudnya keciciran dalam kalangan rakyat khususnya masyarakat 
yang menetap di luar bandar.
“Saya sedikit kesal kerana RMK kali ini kita harapkan ada pendekatan yang lebih baik kepada golongan rakyat tertentu.  “Tetapi malangnya, Najib seolah-olah meminggirkan golongan rakyat 
membabitkan tokoh-tokoh pendidik, ilmuan dan pertubuhan Orang Kelainan 
Upaya, (OKU),” jelasnya yang juga Naib Presiden KEADILAN.
Dalam pembentangan pagi tadi, Najib memaklumkan akan memberi 
keutamaan kepada enam strategi tumpuan bagi mencapai matlamat dalam RMK 
kali ini.  Antaranya, Inklusiviti, kesejahteraan rakyat, modal insan, pertumbuhan hijau, insfarastruktur serta Inovasi dan Produktiviti.
Ditanya tentang 6 strategi tumpuan yang diumumkan Perdana Menteri, 
Shamsul berkata keenam-enam rangka stategi itu hanyalah angan-angan 
kosong Barisan Nasional dan sukar untuk dilaksanakan.
“Saya jangkakan agak mustahil, kerana perancangan RMK kali ini hanya 
bersifat atas ke bawah iaitu sesuatu yang dilaksanakan selepas 
dipaksakan oleh pihak atasan untuk dilaksanakan ke peringkat bawahan.
“Jelaslah ini cuma angan-angan kosong mereka sajalah,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment