KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, March 23, 2015

KEMENANGAN CALON PAS DI DUN CHEMPAKA - TAHNIAH DARI KEADILAN PAHANG

KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan syabas dan Tahniah kepada calon PAS, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood yang telah berjaya mengekalkan Kerusi PAS Dun Chempaka yang sebelum ini diwakili oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang telah kembali ke Rahmatullah pada 12 Feb 2015 yang lalu akibat barah Prostat.

Ustaz Fathan Mahmood berjaya kekalkan Kerusi milik PAS
PAS kekal di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka dengan majoriti 10,092 undi.  PRK Dun Chempaka yang telah diadakan semalam menyaksikan pertandingan 5 penjuru, selain dari Ustaz Fathan (PAS), empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden PERKASA Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.

Fathan mendapat 10,899 undi manakala calon bebas tidak memberikan banyak saingan dengan Fadzillah mendapat 89 undi, Izat Bukhary (51 undi), Aslah (27 undi) dan Sharif (807 undi).  Undi rosak sebanyak 140 undi.  Seramai 12,013 layak memilih dalam pilihan raya kecil ini. Peratusan keluar mengundi direkod sebanyak 55 peratus.

Tahniah juga diucapkan kepada seluruh jentera yang telah bertungkus lumus memenangkan calon PAS walaupun Bn tidak berani untuk menguji kekuatan di kubu kuat PAS tersebut.  Mudah-mudahan dengan kemenangan ini akan menyuntik semangat baru kepada PAS bagi merampas semula Kerusi-Kerusi yang telah dimenangi oleh Bn di negeri Serambi Mekah tersebut seterusnya mengekalkan pemerintahan di negeri berkenaan.

Kami percaya kemenangan itu membuktikan rakyat masih tidak memberikan sokongan kepada Bn atau sesiapa sahaja yang diletakkan oleh parti berkenaan untuk menentang calon PAS.  Kemenangan ini boleh dianggapo kemenangan bersama di dalam PR dan mampu mengubati kekecewaan setelah kita gagal merampas Kerusi di Dun Pengkalan Kubur di dalam PRK sebelum ini.

No comments:

Post a Comment