KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, October 7, 2014

KENAIKAN TAMBANG BAS/VAN SEKOLAH TAHUN DEPAN, SIKAP LEPAS TANGAN SPAD AMAT MENGECEWAKAN

Berkuat kuasa Januari tahun depan, kuasa untuk menetapkan harga tambang bas sekolah terletak pada persetujuan antara tiga pihak iaitu ibu bapa, sekolah dan pengendali bas, manakala Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hanya akan berperanan sebagai pemantau keadaan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata pendekatan itu diambil setelah pihaknya bersetuju untuk menghentikan peraturan penetapan harga siling tambang bas sekolah yang terpakai terhadap pengendali bas sekolah selama ini.   "Melalui pendekatan baharu ini, terpulang kepada ibu bapa, pihak sekolah dan pengendali bas untuk berbincang mengenai kadar tambang yang dimahukan.
 
Kita sedia maklum bahawa harga minyak petrol dan Diesel telah dinaikkan sebelum Hari Raya Korban baru-baru ini.  Tentunya banyak kesan kepada harga barang-barang keperluan rakyat termasuk tambang pengangkutan dan kenderaan individu.  Tindakan SPAD berlepas tangan di dalam menangani isu ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak pernah memikirkan jauh sekali untuk berunding dengan mana-mana pihak samada harga minyak patut dinaikkan (pengurangan subsidi, kononnya) di dalam keadaan harga minyak dunia jatuh merudum?  
 
Apakah kita fikir ibu bapa akan bertegas untuk menentukan agar tambas bas/van sekolah yang membawa anak-anak mereka ke sekolah berada di tahap harga tambang sekarang?  Sudah tentu ibu-bapa tidak mahu bertegang urat dengan pihak pengusaha bas sekolah ini kerana ianya pasti akan menyusahkan mereka kembali.  Akhirnya nanti, ibu-bapa diam membisu dan terpaksa membayar tambang bas sekolah lebih dari biasa.  Mahu harapkan pihak sekolah bertindak?  Apa kuasa pihak sekolah?  Jika SPAD yang ada kuasa itu pun akhirnya "surrender", apa lagi yang mahu kita harapkan daripada pihak sekolah?  Pihak Pengusaha bas mempunyai alasan teramat kukuh untuk menaikkan kadar tambang mereka iaitu dengan memberi sebab kenaikan harga minyak dan kos senggaraan serta alatganti.  

Samada ibu-bapa, pihak sekolah mahupun pengusaha bas, semuanya tidak boleh kita harap.  Ini semua angkara kerja bangsat rejim yang menaikkan harga minyak tanpa memikirkan penderitaan rakyat.  Rakyat menangis dan rejim ini akan hulurkan wang kertas "BR1M" untuk mengesat air mata mereka. 

No comments:

Post a Comment