KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, October 30, 2014

PERBICARAAN KES FITNAH LIWAT II - ANWAR TIDAK KESEORANGAN, GELOMBANG REFORMASI MASIH WUJUD

Perbicaraan Kes Fitnah Liwat II terhadap Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah berada di kemuncaknya.  Bermula 28 Oktober 2014, bertempat di Istana Kehakiman Putrajaya kes ini akan diputuskan samada tokoh reformasi ini dibebaskan atau terus disabitkan.  

Difahamkan keputusan perbicaraan tersebut akan dibacakan pada Jumaat (31 Oktober 2014) ini walaupun pada awalnya kes ini dijadualkan akan diadili di dalam masa dua hari iaitu 28 - 29 Oktober 2014.   Alhamdulillah, Dato' Seri Anwar tidak keseorangan.  Pada hari pertama, kehadiran para penyokong reformasi dari berbilang kaum dan agama memenuhi ruang di luar perkarangan mahkamah.  Hari kedua, kehadiran berganda kerana ramai yang menjangkakan semalam keputusan kes akan dibacakan.  

Berikut adalah beberapa keping foto yang sempat dirakamkan di samping dikongsi bersama rakan-rakan kita yang turut hadir dua hari yang lalu;

Sebahagian dari penyokong reformasi dari Indera Mahkota bersama Adun Semambu, YB Lee Chean Chung
Bersama Pak Jabit @ Man Kadir
Pengarah Pilihanraya PKR Pahang, Sdr Che Mat (tengah) bersama Pak Jabit
Serius nampaknya Pak Jabit berbual dengan Pengerusi PKR Pahang, YB Dato' Fauzi Abd RAhman
Ketua Pemuda PAS, Sdr Suhaizan Kayat turut berucap rengkas
Adun Sekinchan, YB Ng Swee Lim menggamatkan suasana
Naib Presiden PKR, MP Batu YB Tian Chua juga berucap
Pengerusi Jingga 13, Sdr Fariz Musa turut berucap
Pak Jabit diberi peluang berucap dengan penuh semangat
Pengerusi MPN yang juga MP Indera Mahkota bersama Pak Jabit.  Turut kelihatan Kak Hendun Timb KC Kuala Krau

Monday, October 27, 2014

KEADILAN PAHANG AKAN BERSOLIDARITI MENUNTUT KEADILAN UNTUK ANWAR IBRAHIM ESOK DAN LUSA

KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan tahniah dan syabas kepada KEADILAN Cabang Maran yang telah berjaya menjayakan Program "Rakyat Hakim Negara" bersama Ketua Pembangkang dan juga Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu (25 Okt 2014) kelmarin.

Menyedari bukan mudah untuk menarik kehadiran orang ramai apatah lagi Maran merupakan kubu kuat Umno tambahan pula pada malam itu terdapat skrin besar di pasang berhampiran tempat ceramah di perkarangan Pejabat KEADILAN Cabang Maran yang menayangkan perlawanan Bola Sepak Separuh Akhir Kedua di antara JDT menentang Felda Utd.  Maka, petugas-petugas parti telah berusaha keras dengan berbagai cara mempromosikan program pada malam itu.

Sekitar Stesyen Bas Maran gelap gelita, tandas dikunci termasuk madrasah juga tidak seperti lazimnya.  Ini menunjukkan kehadiran Anwar amat menakutkan Umno kerana baru-baru ini beberapa orang ahli Umno telah dipecat kerana menganggotai KEADILAN.








Alhamdulillah, program malam tadi di luar jangkaan. Dianggarkan sekitar dua ribu orang yang hadir yang kebanyakannya lebih suka berada di dalam tempat duduk di stesyen bas yang kebetulan bertentangan dengan pentas ceramah. Meskipun gelap di situ, namun rasanya orang-orang Maran memang selesa berada di kawasan gelap. Maklumlah, masih ramai yang takut menunjukkan wajah mereka. Apa yang penting mereka hadir juga untuk mendengar amanat dari Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim sebelum beliau ditentukan samada bebas atau tidak dari pertuduhan liwat II pada 28 dan 29 Okt ini nanti.






Selain dari pimpinan negeri, Pengerusi MPN YB Dato' Fauzi Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Sdr Ahmad Nizam Hamid, Ketua-Ketua Cabang, Adun Mentakab dari DAP YB Tengku Zulpuri dan Adun Semantan dari PAS, YB Syed Hamid juga turut hadir.  Adun Semambu, YB Lee Chean Chung juga turut berucap.  Adun Teruntum, YB Sim Choon Siang turut serta pada malam tersebut. Kehadiran Ahli Parlimen Pandan yang juga Setiausaha Agung KEADILAN yang baru, YB Rafizi Ramli turut memanaskan pentas pada malam itu.
  
Anwar berucap lebih kurang satu jam selepas YB Rafizi berucap.  Ucapan Anwar yang penuh semangat sentiasa mendapat tepukan dari orang ramai yang hadir.  Beliau menyatakan keadilan itu mesti dituntut bukan hanya sekadar menanti dan keadilan itu bukan untuk diri beliau seorang tetapi mesti diperjuangkan untuk semua.  

Rakyat yang cintakan keadilan dan hentikan kezaliman haruslah bersama-sama bersolidariti di Mahkamah Putrajaya pada 28 Oktober dan 29 Oktober ini nanti.  Bagi anggota-anggota KEADILAN yang ingin turut serta ke KL pada hari berkenaan, sila serahkan nama kepada Ketua Cabang masing-masing untuk dikordinasikan.

Saturday, October 25, 2014

"RAKYAT HAKIM NEGARA" BERSAMA ANWAR IBRAHIM DI MARAN MALAM INI (25 OKT 2014)

Setelah kunjungan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Kuala Terengganu malam tadi mendapat sambutan yang amat baik, kini tiba masanya Pahang pula menunjukkan sokongan kepada tokoh Reformasi ini.  



Malam ini, Sabtu (25 Okt 2014) bertempat di Perkarangan Pejabat KEADILAN Cabang Maran (berhadapan Stesyen Bas Maran), Anwar akan menyampaikan amanat pentingnya sebelum beliau akan mendengar keputusan perbicaraan kes fitnah Liwat II di Mahkamah Kehakiman Putrajaya pada 28 Oktober ini.

Cabang Maran telah dipertanggungjawabkan sebagai tuan rumah program ini oleh KEADILAN Negeri Pahang.  Difahamkan semua persiapan telah diatur dan usaha mempromosikan program penting ini telah berjalan dengan baik sekali.  Beberapa pimpinan PR telah dijemput untuk bersama Ketua Pembangkang di pentas pidato malam ini.  Difahamkan Unit Media Parlimen Indera Mahkota juga akan berusaha untuk membawakan siaran langsung melalui Live Stream malam ini bermula jam 08.30 malam.



KEADILAN Pahang ingin menjemput seluruh rakyat Pahang dan para penyokong PR untuk turut sama di dalam program "Rakyat Hakim Negara" bagi mendengar sendiri amanat dari Dato' Seri Anwat Ibrahim.  Sudah pastinya beliau akan mengulas mengapa beliau wajib dibebaskan dari pertuduhan dan apakah fakta-fakta yang boleh dikaitkan dengan fitnah Liwat II ini.

Kami yakin semua pendokong PR dan rakyat yang mahu melihat keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dihapuskan akan turun ke Maran malam ini.  Maran adalah kubu kuat Umno sekian lama namun baru-baru ini Umno di Maran mulai lemah berikutan beberapa orang kuat Umno Maran telah pun bersama KEADILAN.  Bekas-bekas Umno ini lah di antara yang bekerja keras untuk menjayakan program malam ini.

Datanglah beramai-ramai malam ini dan sila hebahkan. 

Friday, October 24, 2014

ANWAR DI KEDAH, PENANG BERI AMARAN PADA BN, TUNGGU PULA ANWAR KE MARAN, PAHANG PADA 25 OKT INI

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Barisan Nasional (BN) beranggapan bahawa dengan memenjarakan beliau akan melemahkah perjuangan Pakatan Rakyat.


Katanya, perjuangan rakyat yang dipelopori Pakatan hampir kepada kejayaan dan ini amat merisaukan BN sehingga terpaksa memperalatkan sistem perundangan negara.

“Mereka guna semua alat yang ada termasuk Akta Hasutan bagi menyekat rakyat untuk mendapat pelbagai maklumat mengenai ketirisan, korup, curi tanah, curi wang rakyat yang diamalkan oleh pemimpin kerajaan,” katanya ketika berucap di Dewan Lip Seang Khor, di sini semalam.

Lebih 2,000 hadirin yang memenuhi ruang dewan tersebut tetap tidak berganjak untuk mendengar amanat Anwar yang turut disertai oleh kepimpinan PR Kedah.

Anwar dalam ucapannya berkata, pembangkang di negara ini menerima pelbagai tekanan apabila mengkritik dan mendedahkan salah laku kerajaan.

“Kalau cakap banyak, melawan kerajaan, membongkar penipuan mereka, menceritakan kezaliman pemerintah, rakyat akan dibuli dan diheret ke sel. Jika orang Umno dan BN maki rakyat, hina rakyat, zalimi rakyat sudah pasti mereka bebas semahu mereka tanpa didakwa,” tambahnya lagi.


Beliau juga menggesa rakyat bangkit meneruskan perjuangan menentang penyalahgunaan kuasa yang dilakukan BN meskipun beliau dipenjarakan.

“Biarpun saya disumbat oleh Umno dan BN ke sel Kajang atau Sungai Buloh, namun rakyat wajib terus berjuang. Tentang habis habisan kerajaan zalim dan tidak adil yang sedang memerintah negara ini.

“Teruskan perjuangan bagi generasi dan anak cucu kita yang akan datang, supaya mereka juga tidak akan menjadi mangsa kezaliman kerajaan Umno dan BN,” jelasnya lagi sambil tepukan gemuruh pada hadirin.

Hadir sama dalam ceramah tersebut ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, Ketua pembangkang negeri Kedah, Datuk Ir Amirruddin Hamzah dan pimpinan DAP Kedah.

Anwar di Seberang Jaya, Penang

Wednesday, October 22, 2014

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI DARI KEADILAN PAHANG



Seluruh kepimpinan dari MPN Pahang mewakili seluruh ahli KEADILAN Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua penganut ugama Hindu.

Semoga Deepavali tahun ini memberikan semangat dan cahaya baru kepada kita semua untuk terus melakukan reformasi terhadap negara ini agar semua rakyat mendapat keadilan yang sebenar di samping dapat hidup dengan penuh harmoni.

SELAMAT HARI DEEPAVALI.

Sunday, October 19, 2014

Program Himpunan Solidariti Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Program Himpunan Solidariti Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

21 Oktober 2014 (Selasa)

1) 3.00 – 5.00 ptg – Bersama Masyarakat India Menjelang Deepavali
Lokasi: Little India, Jalan Tengku Kelana Kelang Depan Ajuntha (Sebelah Masjid India)

22 Oktober 2014 (Rabu) – Pulau Pinang & Kedah

1) 12 .00 tghari – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Yb Prof Dr Ramasamy TKM 2 Pulau Pinang
Lokasi: No11 A , Lorong 16 Tmn Tambun Indah, Simpang 4 , Batu Kawan, Pulau Pinang

2) 7.00 – 9.00 mlm – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Kedah Yb Dr Krishnamoorthy Adun Bukit Selambau
Lokasi: Jalan 5 , Cinta Sayang Resort Home, Sg Petani, Kedah

3) 8.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Dewan Lip Seang Khor, Sg Petani (Depan Hospital Lama, Sg Petani)

4) 9.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang
Bersama YAB Lim Guan Eng, YAB Azmin Ali, dan Sdr Mat Sabu

23 Oktober 2014 (Khamis) – Pulau Pinang & Perak

1) 12.00 tgh – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Pulau Pinang
Lokasi: Dewan Jubli Home, Sg Dua, Pulau Pinang

2) 2.00 ptg – Perasmian Pusat Khidmat Adun Machang Bubuk Yb Lee Khai Loon
Lokasi: Pusat Perniagaan Alma

3) 5.00 – 7.00 ptg – Perjumpaan MPN Perak,
Lokasi: MH Hotel, Ipoh

4) 7.00 – 9.30 mlm – Rumah Terbuka Depavali Perak
Lokasi: Rumah M Tinagaran, Bandar Baru Tambun

5) 9.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Batu 3, Temoh, Tapah, Perak

24 Oktober 2014 (Jumaat) – Terengganu

1) 9.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Dataran Pulau Warisan, Kampong China, Kuala Terengganu

25 Oktober 2014 (Sabtu) – Pahang

1) 9.00- 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Perkarangan Pej Cabang PKR Maran (Berhadapan Stesyen Bas Maran) , Pahang


26 Oktober 2014 (Ahad) – Melaka & Johor

1) 6.30 – 9.30 mlm – Majlis Makan Malam
Lokasi: Flat Koperasi, Kg Baru, Machap Baru, Alor Gajah

2) 8.00 – 11.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Taman Cheng Perdana, Cheng, Melaka (Belakang CIMB)

3) 8.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Grand Seaview Restaurant, Batu Pahat, Johor


27 Oktober 2014 (Isnin) – Selangor

1) 7.00 mlm – Solat Maghrib & Hajat
Lokasi: Kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Bukit Segambut

2) 7.00 – 11.00 mlm – Majlis Makan Malam
Lokasi: Dewan MBPJ, Petaling Jaya

3) 8.30 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Lokasi: Stadium MPSJ 3K, Jalan SS 13/1e, Subang Jaya, Selangor

Turut bersama:
YAB Azmin Ali, YAB Lim Guan Eng, Sdr Mat Sabu
dan pimpinan utama Pakatan Rakyat


PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Wednesday, October 15, 2014

TAHNIAH KEPADA PEMEGANG JAWATAN YANG BARU DILANTIK

KEADILAN Pahang mengucapkan tahniah kepada semua pemegang jawatan yang baru dilantik di dalam parti sepertimana yang telah diumumkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pelantikan baru kepimpinan parti bagi penggal 2014-2017 untuk melengkapkan kepimpinan tersebut dibuat selepas selesainya pemilihan parti.

Syabas juga diucapkan kepada tiga wakil dari Pahang yang telah dilantik iaitu MP Kuantan, YB Fuziah Salleh memegang jawatan sebagai Pengarah Latihan, manakala dua lagi telah dilantik bagi menganggotai Biro Masyarakat Orang Asal iaitu Sdr Bob Manolan dan Biro Pendidikan kekal kepada Sdr Haji Abas Awang.

Semoga dengan perlantikan tersebut akan dapat meningkatkan lagi prestasi dan kecemerlangan Parti KEADILAN bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.  Di antara pimpinan yang telah dilantik adalah seperti berikut;

Rafizi Ramli – Setiausaha Agung yang baru selain dari tugas beliau sekarang sebagai Naib Presiden;

Xavier Jeyakumar dan Darell Leiking – Naib-naib Presiden;

Datin Paduka Tan Yew Kew – Bendahari Agung;

Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman – Timbalan Bendahari Agung;

Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden) dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail – Pengarah-pengarah Pilihan Raya mengambil kira keperluan memperkukuhkan gerak kerja dan strategi pilihan raya;

Sim Tze Tzin – mengambil alih tugas Pengarah Strategi;

Fariz Musa – Ketua Setiausaha Pengelola;

Fahmi Fadzil – Kekal Pengarah Komunikasi;

Sivarasa Rasiah – Pengarah Guaman;

Fauziah Salleh dilantik – Pengarah Latihan.

Senarai lantikan penuh yang lain adalah seperti berikut:

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (Dilantik):

Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Rodziah Ismail
Amirudin Shari
Mohdak Ismail
N Surendran
Mustapha Sakmud

Pengerusi-pengerusi Biro:

Pemantapan Politik: Chua Tian Chang

Keanggotaan: Dr Tan Kee Kwong

Pemahaman & Pemantapan Agama: Dr Md Nur Manuty

Kemasyarakatan & Aduan Rakyat: S Manickavasagam

Pelaburan & Perdagangan: Wong Chen

Integrasi Nasional: Dr Edmund Santhara

Sains & Kesihatan: Dr Azman Ismail

Biro Pendidikan: Abas Awang

Antarabangsa: Gooi Hsiao Leung

Penyelaras Ahli Parlimen & DUN: Datuk Johari Abdul

Masyarakat Felda & Perladangan: Shamsul Iskandar Mohd Akin

Masyarakat Orang Asal: Bob Manolan

Pekerja: Abdullah Sani

Kepenggunaan: G Manivanan

Kerajaan Tempatan: William Leong

Srikandi: Siti Aishah Shaik Ismail

Ahli Biro Politik Dilantik:

Dr Syed Husin Ali
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Johari Abdul
Datuk Dr Mansor Othman
N Surendran
William Leong

Saturday, October 11, 2014

Hutang PTPTN diburu guna CCRIS, hutang kroni dilepas – Rafizi


(Oleh Rafizi Ramli)

Saya meneliti keputusan PTPTN untuk menyenaraikan penghutang PTPTN di dalam CCRIS sebagai langkah mengutip hutang PTPTN. Saya juga sedia maklum alasan-alasan yang diberikan oleh YB Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO yang telah membuat “U-turn” dari pendirian awalnya dengan menyokong keputusan PTPTN kali ini.


Pada pandangan saya, bangkangan terhadap cadangan melaksanakan CCRIS ini bukanlah semata-mata soal tidak mahu membayar hutang. Sementara saya bersetuju bahawa kadar kutipan hutang PTPTN perlu diperbaiki, ada cara lain yang boleh digunakan oleh PTPTN tanpa perlu menganiaya peminjam melalui CCRIS ini. Lebih penting, pimpinan-pimpinan Umno/Barisan Nasional tidak boleh menutup mata kepada persoalan moral yang lebih besar apabila PTPTN menyenaraikan peminjam-peminjam PTPTN ini di dalam CCRIS.

YB Saudara Khairy Jamaluddin perlu menjawab kepada golongan muda kenapakah Umno/Barisan Nasional tidak menggunakan pendekatan menyenarai hitam dan langkah-langkah yang kasar begini terhadap kroni dan niagawan yang hutang mereka kepada kerajaan jauh lebih tinggi dari jumlah hutang tertunggak (yang dianggarkan RM1 bilion) yang mahu dikutip melalui CCRIS ini?

Di mana suara kasar dan lantang YB Saudara Khairy Jamaluddin dalam perkara-perkara berikut:

1. Hutang-hutang negara yang dimaafkan kepada rakan-rakan rapat Umno/Barisan Nasional seperti Tan Sri Tajuddin Ramli (hutangnya RM600 juta)?

2. Hutang-hutang negara yang tidak dikutip dari pemimpin Umno/Barisan Nasional seperti keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang masih berhutang RM250 juta dengan rakyat apabila projek lembu yang dianugerahkan mereka gagal?

3. Pampasan keuntungan yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional seperti pampasan tol dan subsidi gas kepada penjana bebas?

Saya percaya rakyat umumnya marah apabila kerajaan melalui PTPTN mengambil cara kasar mahu mengutip hutang berjumlah beberapa ribu ringgit dari rakyat biasa, sedangkan tindakan sebegitu tidak pula dikenakan kepada peminjam-peminjam besar dari kalangan kroni yang nilainya berkali-kali ganda lebih besar dari jumlah peminjam PTPTN ini.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya YB Saudara Khairy Jamaluddin kekal dengan pendirian awal iaitu menentang tindakan menyenarai hitam peminjam PTPTN dalam CCRIS kerana ada cara-cara lain yang lebih berhemah seperti berikut:

1. PTPTN wajar menetapkan kriteria pendapatan boleh belanja (disposable income) yang mengasingkan di antara peminjam tegar yang mampu membayar tetapi enggan membayar, dari peminjam yang betul-betul tidak mampu.

Contohnya, peminjam-peminjam PTPTN wanita yang surirumah dan mempunyai tanggungan besar sudah tentu lebih sukar membayar berbanding seorang yang telah mengusahakan perniagaan besar.

Saya mencadangkan supaya PTPTN mengambil pendekatan Australia iaitu hanya peminjam yang telah mencapai gaji tertentu yang wajar membayar atau dikutip hutangnya.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya hanya peminjam yang pendapatan boleh belanja (disposable income) bulanan melebihi RM1,000 sebulan (setelah mengambil kira bilangan anak dan tanggungan) yang perlu ditumpukan oleh PTPTN untuk mengutip hutang.

2. Daripada senarai ini (yang telah mengasingkan peminjam tegar yang mampu tetapi tidak mahu membayar), saya cadangkan PTPTN menghubungi mereka dan merundingkan jadual bayaran. PTPTN sendiri mengakui bahawa PTPTN mempunyai maklumat alamat dan berhubung yang lengkap mengenai peminjam-peminjam ini.

Sekiranya mereka enggan juga membayar, PTPTN bolehlah mengiklankan nama-nama mereka sebagai penghutang tegar di dalam akhbar-akhbar dan media harian sebagai cara untuk mendesak mereka membayar.

Cara ini sudah pun digunakan oleh badan-badan biasiswa seperti PETRONAS, Mara dan lain-lain untuk mengutip hutang pendidikan.

Menggunakan CCRIS benar-benar memangsakan rakyat dalam keadaan ekonomi sudah pun menekan. Sebab itu saya berpendapat adalah tidak bermoral untuk mengejar peminjam PTPTN sebegini rupa sedangkan penghutang besar negara dari kalangan kroni dimanjakan./KD

* Rafizi adalah Naib Presiden KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Pandan

Tuesday, October 7, 2014

KENAIKAN TAMBANG BAS/VAN SEKOLAH TAHUN DEPAN, SIKAP LEPAS TANGAN SPAD AMAT MENGECEWAKAN

Berkuat kuasa Januari tahun depan, kuasa untuk menetapkan harga tambang bas sekolah terletak pada persetujuan antara tiga pihak iaitu ibu bapa, sekolah dan pengendali bas, manakala Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hanya akan berperanan sebagai pemantau keadaan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata pendekatan itu diambil setelah pihaknya bersetuju untuk menghentikan peraturan penetapan harga siling tambang bas sekolah yang terpakai terhadap pengendali bas sekolah selama ini.   "Melalui pendekatan baharu ini, terpulang kepada ibu bapa, pihak sekolah dan pengendali bas untuk berbincang mengenai kadar tambang yang dimahukan.
 
Kita sedia maklum bahawa harga minyak petrol dan Diesel telah dinaikkan sebelum Hari Raya Korban baru-baru ini.  Tentunya banyak kesan kepada harga barang-barang keperluan rakyat termasuk tambang pengangkutan dan kenderaan individu.  Tindakan SPAD berlepas tangan di dalam menangani isu ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak pernah memikirkan jauh sekali untuk berunding dengan mana-mana pihak samada harga minyak patut dinaikkan (pengurangan subsidi, kononnya) di dalam keadaan harga minyak dunia jatuh merudum?  
 
Apakah kita fikir ibu bapa akan bertegas untuk menentukan agar tambas bas/van sekolah yang membawa anak-anak mereka ke sekolah berada di tahap harga tambang sekarang?  Sudah tentu ibu-bapa tidak mahu bertegang urat dengan pihak pengusaha bas sekolah ini kerana ianya pasti akan menyusahkan mereka kembali.  Akhirnya nanti, ibu-bapa diam membisu dan terpaksa membayar tambang bas sekolah lebih dari biasa.  Mahu harapkan pihak sekolah bertindak?  Apa kuasa pihak sekolah?  Jika SPAD yang ada kuasa itu pun akhirnya "surrender", apa lagi yang mahu kita harapkan daripada pihak sekolah?  Pihak Pengusaha bas mempunyai alasan teramat kukuh untuk menaikkan kadar tambang mereka iaitu dengan memberi sebab kenaikan harga minyak dan kos senggaraan serta alatganti.  

Samada ibu-bapa, pihak sekolah mahupun pengusaha bas, semuanya tidak boleh kita harap.  Ini semua angkara kerja bangsat rejim yang menaikkan harga minyak tanpa memikirkan penderitaan rakyat.  Rakyat menangis dan rejim ini akan hulurkan wang kertas "BR1M" untuk mengesat air mata mereka.