KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, February 16, 2014

MAJLIS ILMU BULANAN DI KEDIAMAN DATO' FAUZI



Semenjak kebelakangan ini negara kita dikumandangkan dengan isu-isu "Syiah" dan paling mendukacitakan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan melabelkan musuh-musuh politik mereka sebagai pengikut Syiah.  Isu yang sepatutnya dibahaskan secara ilmiah oleh pakar-pakar di bidang agama telah digunapakai oleh pimpinan politik yang tiada latarbelakang agama untuk membicarakannya.

Sebagaimana yang kita ketahui, negara kita menetapkan Islam sebagai agama resmi di mana Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah pegangannya.  Justeru itu, sebelum kita layak untuk membahaskan fahaman Syiah, kita mesti mendalami mazhab kita sendiri iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.  Bagaimana kita boleh mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sekiranya asas kepada iktikad ini kita tidak mengetahuinya?



Sehubungan itu, menyedari betapa pentingnya akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ini terus terpelihara, maka di atas inisiatif Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman telah mengadakan Jadual Bulanan Majlis Ilmu bagi membicarakan hak-hal berkaitan Akidah.  Beliau telah menjadikan kediamannya sendiri untuk program bulanan ini iaitu setiap hari Sabtu minggu ketiga yang akan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Alim Hassan.

Program Majlis Ilmu "Manhaj Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah" ini dianjurkan bersama oleh Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota sendiri dan juga dari Yayasan BAIK.  Program yang bermula jam 09.00 malam ini diadakan di kediaman YB Dato' Fauzi Abdul Rahman di alamat No. 14, Lorong IM 5/14, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.  Majlis Ilmu ini terbuka kepada semua dan ada ketikanya beberapa pihak sudi memberikan sedikit sedekah makan dan minum.  


Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan, sedekah untuk jamuan makan dan minum pada majlis tersebut, bolehlah terus menghubungi Staf di Pejabat Parlimen Indera Mahkota, Kuantan.  Sesungguhnya memberi makan dan minum kepada orang-orang yang menuntut ilmu itu amat besar ganjarannya di sisi Allah SWT.  

Mudah-mudahan segala usaha ini mendapat keberkatan dari Allah.

No comments:

Post a Comment