KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, December 19, 2013

HIMPUNAN 31 DIS - PR MUNGKIN TURUT BERSAMA NGO LAIN

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat menerima desakan orang ramai untuk mengadakan bantahan besar-besar berikutan isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang diumumkan kerajaan sejak kebelakangan ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, bantahan itu mungkin sampai turun ke jalanan seperti perhimpunan yang lepas.

“Kami akan bincangkan isu ini secara lanjut dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR Jumaat ini. Agenda mesyuarat ini hanya satu iaitu berbincang mengenai kenaikan harga yang diumumkan kerajaan.

“Sama ada kita akan perhimpunan besar-besaran atau tidak, akan diputuskan Jumaat ini,” katanya.

Beliau berkata, mesej yang diutarakan rakyat sangat jelas bahawa mereka sangat marah dengan kenaikan yang bertindan dalam tempoh enam bulan ini.

Ditanya adakah PR akan mengadakan perhimpunan itu bersama NGO lain atau secara berasingan, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kemungkinan besar mereka akan bergabung bersama NGO lain seperti Bersih.

Sementara itu, menerusi sidang media, Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR akan mengadakan kempen anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low, Anwar berkata, GST tidak akan menurunkan kadar pelarian wang seperti didakwa.

`Saya ingin menegaskan bahawa GST tidak mempunyai pengaruh yang besar terhadap masalah aliran wang haram, apatah lagi, yang berhubung dengan jualan eksport ke luar negara.

`GST ke atas eskport adalah pada kadar sifar dan tidak mempunyai kesan pun ke atas harga barangan eksport,`katanya.

Menurut Anwar, alasan yang digunakan itu hanya bertujuan untuk mengiyakan pelaksanaan GST dengan mengelirukan rakyat yang rata-rata masih kurang memahami mengenai isu ini./Sinar

No comments:

Post a Comment