KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, August 9, 2013

YB DARI KEADILAN BERHARI RAYA BERSAMA DYTM TENGKU MAHKOTA

KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam di seluruh Negeri Pahang.

Kami juga menjunjung kasih dan penghargaan kepada Ke Bawah DYTM Tengku Mahkota Pahang yang berkenan menjemput semua Wakil Rakyat Negeri Pahang dari Pakatan Rakyat untuk berhari Raya di Istana Abdul Aziz, Kuantan pada Hari Raya Pertama.


Penghargaan dari DYTM Tengku Mahkota disambut penuh kesyukuran dari Wakil Rakyat khususnya dari KEADILAN Negeri Pahang.  Sehubungan itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman serta Datin bersama Adun Semambu, YB Lee Chean Chung bersama isteri telah berkunjung menziarahi Ke Bawah DYTM Tengku Mahkota di Istana Abdul Aziz.


Ke Bawah DYTM Tengku Mahkota memberikan nasihat agar semua Wakil Rakyat dapat memainkan peranan membantu seluruh masyarakat negeri ini di samping sentiasa menjalinkan hubungan dan perpaduan sesama masyarakat walaupun berbeza dari segi ideologi politik dan fahaman agama.  Nasihat dari DYTM Tengku Mahkota akan dijadikan inspirasi kepada Wakil-Wakil Rakyat khususnya dari KEADILAN Negeri Pahang.

No comments:

Post a Comment