KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, April 9, 2013

TIMB PENGERUSI PKR PAHANG SEDIA TIDAK BERTANDING ?


Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Pimpinan Pakatan Rakyat, akhirnya kerusi Parlimen Temerloh diserahkan semula kepada PAS bagi menghadapi PRU 13 kali ini.  Satu keputusan yang awalnya menimbulkan "kontroversi' kerana di dalam PRU 12 yang lalu kerusi tersebut ditandingi oleh Sdr Ahmad Nizam Hamid (Timbalan Pengerusi PKR Pahang).

Di atas persetujuan bersama Pimpinan Pakatan Rakyat peringkat Pusat walaupun di peringkat Negeri kerusi tersebut cuba untuk dipertahankan, namun atas sikap menghormati keputusan Pimpinan Pusat maka kita 'beralah' dan kerusi Parlimen Temerloh bakal ditandingi oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Us Nasruddin Tantawi.

Sdr Ahmad Nizam - Timbalan Pengerusi PKR Pahang tidak bertanding?
Kelmarin, Ketua Cabang Temerloh yang juga Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, Sdr Ahmad Nizam Hamid telah mengadakan Sidang Media di Rumah Rehat Temerloh untuk menerangkan kedudukan beliau selepas kerusi Parlimen Temerloh yang dijangkakan ditandingi olehnya kini diserah kepada PAS.  Beliau secara jujur dan ikhlas menyuarakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada PR dan berjanji akan menumpukan gerak kerja membantu parti di kerusi yang ditandingi PKR iaitu di Dun Lanchang, sekaligus mampu membantu PAS di kerusi Parlimen Temerloh.

Beliau juga menyatakan setakat ini beliau tidak bercadang untuk bertanding di mana-mana kerusi agar tidak mengganggu atau menjejaskan peluang rakan-rakan lain yang telah pun membuat kerja di kawasan mereka sejak awal.

“Setakat ini saya tidak akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dun, malah untuk kerusi Dun Lanchang sekalipun saya tidak akan bertanding kerana saya tidak akan mengkhianati rakan-rakan.

“Sekarang ada empat calon Melayu yang layak di Dun Lanchang untuk mewakili PKR, yang pasti tidak ada nama saya. Walaupun tidak bertanding di Temerloh tetapi saya ada prinsip, saya tidak akan bertanding di kawasan lain,” katanya.
Adalah diharapkan dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Sdr Nizam itu boleh memujuk dan mengembalikan semangat ahli-ahli parti untuk lebih fokus kepada PRU 13 demi merealisasikan cita-cita kita bersama untuk menawan Pahang dan Putrajaya, InsyaAllah.

Syabas dan tahniah di atas sikap berlapang dada Sdr Ahmad Nizam yang telah membuktikan bahawa beliau bukan tokoh politik yang pentingkan diri sendiri tetapi boleh berkorban demi parti dan rakyat.

No comments:

Post a Comment