KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, February 3, 2013

TAKLIMAT DAN PENERANGAN KEPADA JPRC SERTA PERASMIAN PUSAT KOMUNITI DUN SEMAMBU

Malam tadi, (02 Februari 2013) bertempat di Pusat Komuniti Dun Semambu, Indera Mahkota, Kuantan telah diadakan Mesyuarat dan sesi taklimat penerangan kepada semua Ketua Cabang dan Pengarah Pilihanraya Cabang seluruh Negeri Pahang.  Program yang bermula jam 08.00 malam itu telah dihadiri oleh Naib Presiden KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh.

Di antara yang hadir sedang menyanyikan lagu Parti "Arus Perjuangan" sebelum taklimat dimulakan

Taklimat berkaitan persiapan jentera Pilihanraya termasuk persiapan lojistik dan teknikal telah disampaikan oleh Pengarah Pilihanraya Negeri, Sdr Ahmad Shah dan juga YB Fuziah Salleh. 

YB Fuziah sedang menyampaikan taklimat dan penerangan
Program malam tadi amat berjaya di mana kesemua yang hadir begitu bersemangat untuk menghadapi Pilihanraya Umum dan masing-masing berjanji untuk mengimplimentasikan apa yang telah mereka perolehi sepanjang program tersebut.

Pagi nanti (03 Februari 2013), Pusat Komuniti Dun Semambu yang telah digunakan malam tadi akan diresmikan oleh Naib Presiden KEADILAN, YB Tian Chua dan Setiausaha Agung, YB Saifuddin Nasution pada jam 11.00 pagi nanti.  Sempena dengan hari pelancaran tersebut, bazar-bazar jualan kebajikan, pertandingan melukis, bengkel kartun bersama Kartunis Zunar dan Cabutan Bertuah akan turut diadakan.

Majlis tersebut juga akan disiarkan secara langsung melalui Radio KOBAT FM di alamat http://kobatfm.blogspot.com

No comments:

Post a Comment