KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, January 28, 2013

WIRA SEBENAR - NAJIB ATAU ANWAR?

Pulang sahaja Najib dari Gaza, maka pembodek pun mengangkat Najib sebagai "Wira Umat Islam' walaupun hanya beberapa jam menjejakkan kaki ke Gaza.  Itulah cara pembodek mencari makan disaat Najib terkial-kial untuk mencari popularitinya yang semakin teruk di mata umat Islam khususnya di negara ini.

Mencukupi syarat untuk menjadi PM
Rakyat tidak sebodoh itu untuk mengangkat Najib sebagai 'Wira' apatah lagi "Wira Umat Islam' kerana kita semua tahu Najib tidak pernah iktiraf Kumpulan Hamas di Palestine.  Seluruh umat Islam di dunia tahu perjuangan Hamas lebih Islamik daripada kumpulan Fatah.  Ertikata lain, jika di Malaysia perjuangan Hamas ini umpama PAS, manakala Fatah ini umpama Umno.  Sebab itulah amat sukar Hamas dan Fatah bersatu untuk menentang Israel.  Masakan sama perjuangan atas nama Islam dengan perjuangan atas nama suku atau nasionalis?

Takut dengan debat?
Baiklah, jika mahu menggelar Najib sebagai "Wira' itu terpulang kepada mereka.  Cuma, kita mahu sangat melihat 'keperwiraan' Najib ini dibuktikan di bumi Malaysia ini.  Jika benar beliau seorang 'Wira', ayuh, jangan takut dan bacul untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Jika Najib takut, ertinya 'Wira' sebenar bukanlah Najib tetapi Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Thursday, January 24, 2013

PROJEK IC DI SABAH - ANWAR SEDIA BERDEPAN

PETALING JAYA, 23 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan bahawa beliau terlibat dengan projek IC di Sabah, dan bersedia untuk menjawab jika inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah itu memanggil beliau untuk memberi keterangan.

Menurut ketua pembangkang itu, sepanjang beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak pernah terlibat secara langsung dalam hal tersebut dan menamakan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Aziz Shamsuddin, dan bekas timbalan menteri dalam negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, sebagai peneraju utama projek tersebut.

“Saya sedia memberi keterangan jika dipanggil, saya yakin bahawa tidak ada apa-apa dengan saya,” kata Anwar (gambar) dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini. “Saya yakin saya tidak mempunyai kaitan langsung.”

Menurut ahli parlimen Permatang Pauh itu, projek IC tidak melalui Kabinet kerana ia adalah satu ‘task force’ dibawah Dr Mahathir selaku perdana menteri pada ketika itu.

“Bahkan semasa saya memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan itu, saya tidak menerima sebarang laporan apa-apa mengenai projek IC ini,” kata Anwar.

Anwar menjawab soalan wartawan mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang mengatakan terdapat beberapa pihak yang cuba mengaitkan dirinya dengan pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing dalam usaha memenangi Sabah dari tangan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada pilihan raya negeri 1994.

“Ada juga blogger Umno kata, saya perlu jawab. Yang mengarahkan ialah Perdana Menteri, dibawahnya (Tan Sri) Aziz Shamsudin dan (Tan Sri) Megat Junid, ia tidak dibincangkan di peringkat menteri, tanpa proses kabinet.

“Bagi saya ianya bukan soal warga asing mendapat warganegara, jika mereka layak dapat warganegara, itu tidak mengapa, tetapi isu yang utama ialah penipuan dan rasuah,” kata Anwar lagi.

Bekas timbalan perdana menteri itu juga mengkritik Dr Mahathir kerana menggunakan alasan Tunku Abdul Rahman dalam pemberian kad pengenalan kepada penduduk Malaya tanpa mengira kaum semasa tahun 1957.

“Barangkali dia lupa, Dr Mahathir bila mengkritik Tunku Abdul Rahman, barangkali dia lupa ini adalah sebahagian dari perjanjian dalam Suruhanjaya Reid, dimana prinsip jus soli menjadikan pemastautin di Tanah Melayu sebelum 1957 sebagai warganegara,” kata Anwar lagi.

Minggu lalu, Dr Mahathir mempertahankan pemberian status warganegara kepada warga asing di Sabah dan menegaskan ia dilakukan kerana mereka berhak selain mengikut lunas undang-undang.

Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan menerima warga asing jadi warganegara jika memenuhi syarat tertentu, malahan mereka yang berada di sana bukan satu dua hari tetapi sudah 20-30 tahun dan mereka bercakap bahasa Melayu, berhak jadi rakyat Malaysia.

Minggu lalu keterangan saksi bekas timbalan pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Mohd Nasir Sugip mendedahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengarahkan JPN menukar nama 16,000 pendatang haram di Sabah dan memberikan mereka kad pengenalan (IC).

Bekas pegawai JPN, Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil turut mendedahkan kira-kira 100,000 kad pengenalan biru diberi kepada pendatang Sabah pada tahun 1993.

Malahan, bekas pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin juga menuduh arwah Megat Junid memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit bagi membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.

Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat — dari 1981-2003 — telah dituduh menerajui “Projek IC”, di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka./MI

Tuesday, January 22, 2013

MPN PAHANG IKTIRAF JASA BEKAS PERAJURIT

Di dalam Mesyuarat MPN Pahang Siri 1/2013 pada 19 hb Jan baru-baru ini, ahli mesyuarat sebulat suara telah meluluskan usul agar cadangan mengurniakan lot tanah kediaman kepada bekas-bekas tentera yang tidak memiliki tanah atau rumah kediaman untuk dimasukkan ke dalam manifesto PR Pahang sekiranya PR berjaya mengambil alih Pahang dari Umno/Bn selepas PRU akan datang.

Ini membuktikan bahawa kami serius dan peka terhadap permasalahan yang dihadapi oleh kebanyakan bekas-bekas tentera terutamanya yang telah lama menaburkan bakti di bumi Pahang ini.

Mudah-mudahan niat murni dari kami akan mendapat sokongan dan dokongan dari seluruh rakyat Negeri Pahang sekiranya kita mengiktiraf jasa dan peranan warga tentera dan bekas-bekas tentera ini.  Keistimewaan ini juga akan kita berikan kepada bekas-bekas Polis yang tidak memiliki tanah atau rumah kediaman.  Inilah sebahagian dari rasa hormat dan berterima kasihnya kita kepada jasa-jasa mereka.

Friday, January 18, 2013

Pencen tentera naik lima peratus jika Pakatan menang





(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 18 Jan: Pakatan Rakyat (Pakatan) menawarkan lima peratus wang caruman tambahan kepada anggota tentera melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, wang itu akan dicarum menerusi tabung khas pencen LTAT.

“Atas keprihatinan melihat keutamaan kebajikan bekas anggota tentera, Pakatan menawarkan untuk menambah lima peratus caruman kerajaan ke dalam tabung pencen tentera.

“Sekarang anggota tentera dapat 15 peratus. Kalau Pakatan Rakyat menang, kita akan tambah lima peratus. Bermakna sebulan 20 peratus dari jumlah gajinya dicarum dalam LTAT,” kata Rafizi.
“Lima peratus ini akan kita gunakan untuk dilaburkan dalam tabung khas dalam LTAT. Keuntungan ini kita akan beri sebagai imbuhan kepada mereka yang tidak mempunyai pencen dan belum diselaraskan,” jelasnya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin sempena Ceramah Jelajah Penyelewengan LTAT di PPR Bandar Tasek Selatan, Sungai Besi malam tadi.

Rafizi berkata, beliau akan ke Wisma Boustead Holding Berhad semula minggu depan, kali ini sebagai pemegang saham yang membolehkannya akses kepada dokumen urusniaga LTAT.

“Kita akan ke Wisma Boustead minggu depan. Kali ini saya pemegang saham Boustead dan akan semak satu persatu,” katanya.
 
“Orang selalu tanya kenapa saya beria-ia nak pertahankan (bekas tentera)? Ya, dulu memang kita tak pernah tanya tentang hal ehwal tentera.

“Isu ini timbul sebab Menteri Pertahanan gelojoh ‘gunakan’ Kementerian Pertahanan. Dengan pendedahan oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, soal wang bekas anggota ATM diguna untuk membayar pihak tertentu, maka ada asas penglibatan,” tambahnya.

“Wang RM130 juta yang digunakan untuk membayar (Datuk) Raja Ropiaah (Raja Abdullah) dan RM30 juta kepada Deepak ini sama seperti kita gunakan wang caruman anggota tentera untuk membeli cincin Rosmah (Mansor),” katanya.

“Kita tahu kepayahan bekas anggota. Ada yang 18 tahun, 21 tahun berkhidmat. Ada yang nak minta permit teksi tak dapat. Ada pula yang minta permit berniaga, pun tak dapat. Kena kerja sampai umur 65 tahun. Tapi, Umno BN atas nama Melayu ambil tanah dan wang kemudian diali-babakan,” sambung beliau.

“Umno BN juga sering gunakan imej tentera, kononnya jika berlaku perubahan dalam negara, akan berlaku pertumpahan darah. Ini mesej psikologi yang cukup besar,” tegasnya.

“Sedangkan kini ramai bekas tentera dan polis bersama Pakatan Rakyat. Setiap hari ada sahaja Jeneral yang hubungi kita (KEADILAN),” jelas Rafizi lagi./KD

Thursday, January 17, 2013

SATU LAGI KAWASAN "KARAT UMNO" DIGEMPUR DI K.KRAU

Kampong Kuala Mai, K.Krau boleh dikatakan kampong yang teramat 'pekat' Umno nya.  Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Cabang KEADILAN K.Krau, Tuan Hj Suhaimi Said bahawa sejak dari dahulu peti undi di kampong ini tidak pernah meningkat untuk Pembangkang di dalam PRU.

Salah satu faktor yang dapat difahami mengapa berlaku sedemikian adalah kerana warga di kampong yang agak pendalaman ini tidak mendapat maklumat yang secukupnya.  Mereka sering dibuaikan oleh cerita-cerita yang dibawa oleh media kawalan Umno/Bn seperti TV3 suku dan Utusan.  Bagaimana mereka boleh menjadi bijak selagi minda mereka tertutup?  

Tuan Hj Suhaimi, Ketua Cabang K.Krau sendiri mempengerusikan majlis
Ybhg Dato' Fauzi, Datin dan Puan Fellicia Ling

Justeru itu, KEADILAN Cabang K.Krau tampil untuk membantu permasalahan ini.  Kita mahu melihat masyarakat di kampong ini terbuka minda mereka dan menerima suasana politik baru di mana isu letrik, air paip atau jalan tar bukan lagi isu utama rakyat.  Isu ini releven untuk politik di zaman 60-70an sahaja.  Isu sekarang adalah isu rasuah, penyelewengan, penipuan, kezaliman, pendidikan dan banyak lagi isu yang amat penting jauh lebih penting dari isu siapa yang buat jalan tar dan sebagainya.

Walaupun terdapat masalah liputan internet, Radio KOBAT FM berjaya mengadakan Lintas Langsung
Sdr Rosli Ahmad (Ketua Cabang Jerantut) memberikan ceramah
Kumpulan "R" Pahang turut memberikan ucapan bersama kumpulannya
Kehadiran warga tempatan yang berani berada di dalam khemah, manakala terdapat ramai lagi berada di tepi-tepi jalan mendengar ceramah dari jauh

Pada 15 hb Januari baru-baru ini, satu program ceramah penerangan telah diadakan di kampong ini.  Ceramah yang telah diadakan di perkarangan rumah penyokong kuat PAS (Tuan Hj Zainal) di kampong Kuala Mai telah dihadiri oleh majorotinya rakyat tempatan di situ.  Penceramah yang telah dijemput terdiri dari Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman, Puan Fellicia Ling (AJK Wanita PKR Pusat), Sdr Wfauzdin NS (Penyelaras KOBAT), wakil dari Kumpulan 'R" (Tuntutan Royalti) Pahang dan Sdr Rosli Ahmad (Ketua Cabang Jerantut)  juga turut memberikan ceramah.  

 Ybhg Dato' Fauzi -  "Cukuplah lembu menjadi lembu, jangan kita menjadi lembu" (Ucapan beliau)
Puan Fellicia Ling menyeru ahli-ahli Umno tinggalkan Umno
Radio Internet, KOBAT FM turut membuat lintas langsung program pada malam tersebut.  KOBAT FM juga telah mengadakan temubual bersama Ybhg Dato' Fauzi, Tuan Hj Suhaimi Said, Sdr Rosli Ahmad dan juga Ketua Kumpulan "R" yang hadir.  Radio KOBAT FM boleh diikuti melalui http://kobatpkr.blogspot.com  dan waktu siarannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui FB Penyelaras KOBAT, Sdr Wfauzdin NS.  Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal adalah di antara penyumbang penting kepada stesyen radio ini.

Sdr Wfauzdin NS (Penyelaras KOBAT) menyeru warga tentera dan bekas tentera untuk lakukan perubahan
Program pada malam itu adalah satu permulaan yang begitu baik untuk PR menyusun program dan aktiviti-aktiviti di masa akan datang.  Kawasan pekat 'Biru' akan berjaya kita hapuskan dengan syarat semua pihak mesti bekerja kuat dan saling bekerjasama.

Tuesday, January 15, 2013

WEB PRO UMNO PUN GELISAH DENGAN STRATEGI PR

Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL 112) pada 12 Januari 2013 baru-baru ini bukanlah kemuncak kepada segala-galanya.  Suasana yang luar biasa di Stadium Merdeka pada hari tersebut bukanlah senjata terakhir Pakatan Rakyat untuk menguburkan Umno/Bn di dalam PRU ke 13 nanti.

Perkara ini diakui sendiri oleh sebuah portal Pro Umno iaitu Umno-Reform2.  Portal tersebut merasa 'tidak selesa' dengan taktik dan strategi Pakatan Rakyat disaat-saat akhir menjelang PRU nanti, melihat pula Umno kini seolah-olah 'bertahan' tanpa melawan.  Ikuti tulisan di dalam portal tersebut di SINI.

Nampaknya mereka sendiri sudah mula akui strategi Pakatan Rakyat sememangnya memaksa Umno bertahan.  Umno masih menggunakan senjata karat mereka untuk 'menyerang' Pakatan Rakyat iaitu dengan menggunakan media pencacainya seperti Utusan dan TV3 Suku, sedangkan media ini sering menjadi bahan ketawa orang ramai.  Laporan yang tidak munasabah dan jauh lari dari keadaan sebenar sewaktu media ini melaporkan tentang HKR di Stadium Merdeka baru-baru ini sudah cukup untuk meletakkan Utusan dan TV3 suku ke dalam senarai media kartun.

Pakatan Rakyat tidak harus lena apabila Umno masih buntu.  Serangan harus ditingkatkan sehingga Umno tidak lagi mampu bernafas.  Strategi perlu sentiasa berubah dan disesuaikan dengan keadaan. 

Thursday, January 10, 2013

KEADILAN PAHANG KERAH SEMAKSIMA MUNGKIN HADIR KL112# (SABTU) INI

KEADILAN Negeri Pahang meminta seluruh ahli KEADILAN dan para penyokong Pakatan Rakyat, serta semua rakyat Pahang agar turun ke Stadium Merdeka, K.Lumpur pada 12 Januari 2013 (Sabtu) ini untuk sama-sama kita berhimpun di dalam kemucak Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Anda dinasihatkan agar bertolak awal ke KL bagi mengurangkan kesesakan jalanraya di samping dapat mengelak diri dari terperangkap dengan sekatan-sekatan yang mungkin diadakan menjelang tarikh tersebut.

Untuk makluman semua, pada 11 Januari (Jumaat) ini akan diadakan Program Ceramah bertempat di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu, KL.  Marilah kita beramai-ramai ke Padang Kelab Sultan Sulaiman pada malam tersebut bagi mendengar amanat penting dari pimpinan sebelum kita beramai-ramai ke Stadium Merdeka keesokkannya.  

Tuesday, January 8, 2013

PUISI MENAMBAT HATI RAKYAT K.KRAU, BEKAS JENERAL TURUT HADIR

Berbagai usaha dan program telah diatur oleh KEADILAN K.Krau untuk terus mendampingi masyarakat setempat tidak kira dari apa jua lapisan masyarakat termasuk kaum Orang Asal.  Apa jua program yang diatur tidak pernah meminggirkan mana-mana golongan tua atau muda.

Pada 05 hb Januari baru-baru ini, KEADILAN K.Krau membawa satu lagi pembaharuan di dalam merancakkan aktiviti masyarakat setempat.  Bertempat di Pejabat KEADILAN K.Krau telah diadakan Program Malam Santai Puisi dan Ceramah Umum.

Sdr Man Kadir@Pak Jabit segak bergaya mebacakan puisi
Nampak ganas, tapi Sdr Hatta penuh perasaan membacakan Puisi nukilan Dato' Fauzi bertajuk "Pemimpin"
Di antara tetamu yang dijemput adalah terdiri dari Penyair yang profesional dan amatur, malah yang baru pertama kali membacakan Puisi.  Malah ada yang bersyair dan berceramah sekali gus.  Program malam itu benar-benar santai dan menceriakan sehinggakan orang ramai yang hadir tetap menunggu sehingga majlis selesai tengah malam.

Orang ramai yang hadir melimpahi khemah yang disediakan

Penyair malam itu terdiri dari Pak Yassin Salleh, Pak Jabit, Sdr Rosli Ahmad (Ketua Cabang Jerantut), Tuan Hj Suhaimi (Ketua Cabang K.Krau), Sdr Wfauzdin NS (KOBAT) yang membacakan puisi dari nukilan Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi MPN Pahang), Sdr Hatta (Penyelaras SAMM Pahang) turut membacakan puisi dari Dato' Fauzi.  

Sdr Wfauzdin NS (KOBAT) membacakan puisi nukilan Dato' Fauzi
Tuan Hj Suhaimi selaku Tuan Rumah juga turut berpuisi
Sesi ceramah malam itu menampilkan Puan Siti Khalijah (Ketua Wanita Biro Felda), Puan Ramlah (Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat),PW 1 (B) Asri (Pengerusi PAHLAWAN), Us Faizul mewakili PAS (Blogger Tukul Besi/Wakil ANAK Negeri Pahang), Puan Fatimah (Wakil kaum Orang Asal) dan diakhiri dengan Brig Jen (B) Dato' Abd Hadi Khatab.

Us Faizul (ANAK Pahang) menyampaikan ceramah
Puan Siti Khalijah menyampaikan ucapan
Pegawai Waren Satu (B) Asri (Pengerusi PAHLAWAN) berucap
Brig Jen (B) Dato' Abd Hadi sebagai penutup tirai ceramah

Sepertimana juga sebelum ini, program berpuisi yang telah diadakan di Dun Lanchang semakin mendapat sambutan dari masyarakat setempat.  Satu hari nanti, K.Krau mungkin akan membawakan satu lagi seni iaitu Dikir Barat agar dapat mengimbangi pengaruh program ceramah yang selalu diadakan asalkan ianya membawa manafaat kepada penduduk tempatan khususnya.

Monday, January 7, 2013

KEKURANGAN PERALATAN DAN UBAT KECEMASAN DI HTAA KINI KRITIKAL?

Benarkah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan kini mengalami masalah kritikal kekurangan peralatan dan ubat-ubatan bantuan kecemasan?  Hal ini dipersoalkan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Negeri Pahang, Sdr Razali Alias melalui wall FB beliau.  

Menurut Sdr Razali Alias, beliau mendapat maklumat itu dari sumber dalaman HTAA sendiri yang menyuarakan rasa bimbang beliau terhadap apa yang berlaku.  Difahamkan kekurangan peralatan dan perubatan bantuan kecemasan itu boleh mengakibatkan sekurang-kurangnya 5 nyawa manusia gagal diselamatkan di dalam masa satu hari.

Sekiranya perkara ini benar, pihak HTAA perlu bertindak segera bagi mengatasi masalah ini.  Seandainya dakwaan ini tidak tepat, KEADILAN menuntut agar pihak HTAA mengeluarkan kenyataan terbuka menafikan berita ini agar tidak mendatangkan keraguan dan keresahan masyarakat untuk menerima rawatan di hospital ini.



WANG PAMPASAN MANGSA PERANG PUN MEREKA SAPU?

Oleh Nomy Nozwir

KUALA LUMPUR, 4 Jan — Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu sudah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, mengesahkan bahawa Tokyo sudah menyerahkan wang tersebut dari awal 1990an hingga tahun 2004.

“Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

“Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut),” kata beliau, dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini.

Menurut Suegami, pihaknya tidak mengetahui bagaimana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu.

Bagaimanapun, beliau berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak, yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (gambar) mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Sekretariat itu ditubuhkan untuk mencari waris kepada mangsa yang dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan laluan kereta api dari Siam ke Burma semasa Jepun menjajah Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.

Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta Tokyo memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta Tokyo menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

“Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.

“Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari Malaysia ini sila majukan kepada kami,” katanya ketika ditemui.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepun berkenaan.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, Tokyo membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.

Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.

Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.

“Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa.

“Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946,” katanya lagi.

Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar yang juga AJK PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan./MI

Saturday, January 5, 2013

MALAM SANTAI PUISI DAN CERAMAH UMUM MALAM INI DI K.KRAU


Malam ini (05 Januari 2013-Sabtu) satu program anjuran KEADILAN Cabang K.Krau kelihatan agak menarik dan berbeza daripada program biasa.  Malam ini, tenaga puisi akan berpadu dengan bahasa politik di dalam Program  "Malam Santai Puisi dan Ceramah" bertempat di perkarangan Pejabat KEADILAN K.Krau mulai jam 08.30 malam.

Di antara tetamu yang dijemput untuk berpuisi dan berceramah adalah Brig Jen (B) Abd Hadi (Pengerusi PAHLAWAN), Sasterawan Pak Yassin Salleh, Dramatis Man Kadir @Pak Jabit, Penyelaras KOBAT dan dua tokoh wanita iaitu Puan Ramlah (Wanita PKR Pusat) dan Puan Siti Khalijah (Biro Felda).  Tuan Haji Suhaimi Said selaku Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal merangkap Ketua Cabang K.Krau juga akan berpuisi dan berceramah.

Penganjur juga memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin tampil membacakan puisi masing-masing.  Orang ramai dijemput hadir.

Thursday, January 3, 2013

PROGRAM PENERANGAN BERTERUSAN WALAUPUN SELEPAS BANJIR

Di dalam kesibukan Skuad Bantuan Banjir yang ditubuhkan oleh KEADILAN Kuantan dan Indera Mahkota, namun masa tidak mengizinkan untuk kita leka dan lalai dari terus menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Di Parlimen Indera Mahkota, satu program Ceramah "Tahun Baru, Tahun Pilihanraya" telah diadakan pada 01 Januari baru-baru ini bertempat di Indera Mahkota 15 iaitu di perkarangan rumah Sdr Syed Ali AlHabshee.  Penceramah undangan adalah Dato' Abd Rahman Maidin (Bekas Pengerusi Persatuan Perniagaan Melayu Semenanjung), Cikgu Normala Sudirman (AJK Muslimat PAS Pusat), Artis Dayangku Intan dan tidak ketinggalan adalah Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman serta Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota, Sdr Lee Chean Chung.  Sdr Razali Alias telah mempengerusikan program pada malam tersebut.

Walaupun kawasan Indera Mahkota 15 julung-julung kalinya diadakan ceramah, namun sambutan pada malam tersebut begitu baik dan diyakini pada rogram-program akan datang, kehadiran orang ramai pasti akan bertambah. Stesyen Radio Internet yang baru diperingkat percubaan iaitu KOBAT FM telah membuat siaran langsung program ceramah malam itu.

Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan pada malam itu;

Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang) selaku Pengerusi
Mie, Juruteknik di dalam membantu KOBAT FM bersiaran
Di antara penceramah yang hadir dan pimpinan
Sdr Syed Ali selaku tuan rumah mengalu-alukan jemputan
Sdr Lee Chean Chung menyampaikan ucapan penuh bertenaga
Dato' Fauzi berucap awal kerana ingin ke KL malam itu
Artis Dayangku Intan gamatkan suasana apabila membawa 'kueh telinga' melambangkan keegoaan MB Pahang
Cikgu Mala menyuntik semangat
Dato' Seri Abd Rahman Maidin tidak kurang hebatnya berpidato
Di antara krew Radio KOBAT FM
Cikgu Mala dan Dayangku Intan