Liwat II: Najib, Rosmah, Musa akan disepina          

Kes perbicaraan liwat Datuk  Seri Anwar Ibrahim membela dirinya akan menyaksikan pihak pembelaan  menyampaikan sepina kepada tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk  Seri Najib Razak dan isterinya, Datuin Seri Rosmah Mansor.
Turut akan disepina adalah  bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis  Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.
Sebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar, minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual.
Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.
Sebelum ini, pasangan itu  dilaporkan pernah bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di  kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri.
Mereka bertemu Mohd Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat.
Sejak hari pertama lagi,  Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan  bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa  berlaku.
Sepina juga akan dimohon  dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid,  jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang  hanya dikenali sebagai'Suliati'.
Menurut peguam Karpal Singh  (kiri), pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangkakan saksi  berkenaan akan tampil di mahkamah.
Ditanya sama ada, mereka  boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka  berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka.
"Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian,” katanya.
Pada 1998, Anwar cuba  membawa perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad ke mahkamah.  Bagaiamapun peguam bekas perdana menteri itu berjaya mengketrpikan  permohonan tersebut.
Pada 16 Mei lalu, Anwar  diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful,  pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi  berwibawa.
Anwar mengaku tidak bersalah  di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan  seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara,  antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
No comments:
Post a Comment