KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, October 19, 2011

APABILA MEMILIH PEMIMPIN KAKI JUDI

Semalam telah dilaporkan di sini, seorang pemimpin politik dari Felda Panching Utara telah ditangkap kerana bermain judi mesin kuda di Air Putih, Kuantan. Meskipun, maksiat tersebut cuba disembunyikan namun sebagai pemimpin politik sudah tentu beliau sentiasa menjadi perhatian ramai apatah lagi masyarakat kawasannya.

Hari ini PDO telah mendedahkan siapakah pemimpin politik berkenaan. Apa yang pasti, pemimpin tersebut adalah pemimpin Umno di kawasan tersebut. Apa yang berlaku tidak menghairankan kerana pemimpin-pemimpin mereka tidak pernah serius untuk menegakkan hukum Islam.

Tuesday, October 18, 2011

GEMPAR !! PEMIMPIN POLITIK PANCHING UTARA DITANGKAP BERJUDI ?

Gempar !! Ada berita menyatakan seorang pemimpin politik di Felda Panching Utara telah ditangkap oleh pihak berkuasa hari ini kerana bermain judi di mesin kuda, di kawasan Air Putih, Kuantan. Benarkah berita ini? Tunggu pengesahan selanjutnya...

LYNAS: Berani Atau Tidak Berani?

Oleh: pemudatua2011

" Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery (BADAR)

Saya amat bersetuju dengan cadangan Sdr.Subky Latif yang dipetik dari harakahdaily bahawa Tun M harus berpindah dengan seberapa segera ke Gebeng Kuantan Pahang. Jemputan yang harus juga disambut oleh MB Pahang, Exco-exco mereka serta mereka-mereka yang menyokong kewujudan LYNAS di situ sebagai bukti keyakinan mereka kepada rakyat setempat bahawa LYNAS memang selamat untuk bertapak di Malaysia.



Saya juga ingin mencadangkan lokasi penempatan mereka itu haruslah di dalam ZON IMPAK 5KM seperti yang tertera di dalam Laporan Kajian Alam Sekitar yang sudah diluluskan Jabatan Alam Sekitar pada bulan Febuari 2008 walaupun Kajian Kesan Radiologi (RIA) ketika itu masih belum siap sepenuhnya manakala Kelulusan Membina telahpun dikeluarkan lebih awal pada bulan Disember 2007 yang lalu.

Antara lokasi kediaman pilihan pertama yang boleh dipertimbangkan mereka adalah Taman Balok Perdana, Taman Balok Makmur, Kg.Sg Ular dan Kg.Hulu Balok yang merupakan lokasi kediaman terdekat dalam jarak 2-3KM dari lokasi Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) milik LYNAS itu. Pilihan lokasi lain yang melebihi 3KM juga boleh dipertimbangkan, antaranya ialah Kampung Berahi, Kg. Gebeng serta Kampung Selamat yang juga berada di dalam ZON IMPAK 5KM yang ‘Selamat’ itu.

Yang pastinya, kepadatan penduduk sekitar 20 ribu orang di mana 87 peratus daripadanya adalah masyarakat Melayu mungkin tidak akan menjadi satu masalah besar kepada mereka-mereka yang PRO-LYNAS ini untuk hidup berjiran.

Bukankah “Jiran Tetangga itu Membawa Berkat”.

Antara tempat-tempat menarik untuk dilawati setelah bermastautin oleh mereka-mereka yang PRO-LYNAS ini adalah kilang Polyplastics, Erupee Sugar, Kaneka, Flexsys, Eastman, WR, Cryovac, BP Chemicals dan MTBE yang juga hampir dalam jarak 1-3KM daripada lokasi Kilang LAMP milik LYNAS itu.

Kepada mereka-mereka (PRO-LYNAS) yang berminat untuk bermandi-manda bolehlah mencuba beberapa lokasi menarik ini, antaranya Sg.Balok yang mempunyai Indeks Kualiti Air di sekitar tahap 2 dan 3 (Tahap 3 bermaksud ‘Rawatan Diperlukan Segera’) manakala Pantai Cherating yang juga berada dalam ZON IMPAK itu. Yang pastinya, Air sisa yang telah ‘dirawat’ dari tapak Kilang LAMP milik LYNAS itu yang dilepaskan pada kadar 330m3/sejam - 500m3/sejam pasti akan ‘memulihkan’ Indeks Kualiti Air Sg.Balok itu.

Mereka-mereka yang PRO-LYNAS ini juga boleh mengamati suasana indah proses pengangkutan 66,000 tan "Rare-Earth Concentrate(REC)" bahan mentah yang dieksport ke Gebeng Kuantan melalui Pelabuhan Freemantle Australia dalam masa setahun dengan kekerapan sehari pengangkutan lori dari Pelabuhan Kuantan ke tapak Kilang LAMP secara purata sebanyak 13 kali sehari selama 6 hari seminggu.

Kenapa saya menyokong cadangan Sdr.Subky Latif itu sebenarnya adalah kerana ia merupakan satu tindakan yang pernah dilakukan oleh keluarga kepada pengasas sebuah Syarikat DUPONT bernilai 25 Billion USD satu ketika dahulu yang kini terkenal sebagai pengamal utama Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran terbaik dunia semenjak tahun 1802.

Keluarga mereka tinggal di tapak Kilang sebagai bukti kesungguhan, komitmen dan keyakinan mereka untuk memastikan keselamatan kilang serta pekerja-pekerja mereka berada di tahap yang tinggi.

Jika mereka-mereka yang PRO-LYNAS ini sentiasa mementingkan keselamatan penduduk setempat dan pekerja mereka sebagai keutamaan melebihi keuntungan ekonomi, saya syorkan LYNAS dan mereka-mereka yang menyokong LYNAS itu agar dapat dengan seberapa segera mencontohi tindakan pihak pengurusan DUPONT ini serta menyahut cadangan Sdr.Subky Latif untuk bermastautin di Gebeng Kuantan agar keyakinan dan persepsi rakyat terhadap pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan impak Persekitaran khususnya ancaman radioaktif dari Kilang LAMP milik LYNAS ini dapat diperbetulkan dan diperbaiki demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keluarga dan keturunan mereka.

BAJET - SEKALI LAGI ANWAR CABAR NAJIB BERDEBAT

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini buat kesekian kalinya mencabar perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat "pada bila-bila masa."

Kali ini, Anwar mahu peluang berdebat untuk menerangkan kepada Najib dasar Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan juga bajet bayangan yang ditawarkannya.

NONE"Saya usulkan untuk bantu rakyat terdedah kepada dua-dua dasar kerajaan BN dan pakatan, saya ulangi gesaan untuk adakan debat terbuka," katanya.

Beliau juga mahu berdebat kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Najib semalam yang menyifatkan bajet oleh Pakatan sebagai "belanjawan republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat."

Ketika ditanya, Anwar berkata beliau telah menggunakan peluang dalam ucapannya di Dewan Rakyat untuk menerangkan belanjawan berkenaan.

"Kita sudah (bahas) tapi seperti dialog dengan orang tuli," katanya yang menambah bajet bayangan itu telah menggariskan tumpuan untuk meringankan beban rakyat.

"Gaji minimum, kenaikan gaji pekerja awam ditekankan dan konsesi termasuk penjana tenaga bebas, penswastaan juga ditekankan yang sendirinya akan mengurankan beban rakyat.

"Daripada menyinggung kita dan buat kenyataan melulu begini, lebih baiklah berdepan supaya rakyat menilai.

"Nak mohon masa lebih pun tak apa tapi beri ruang kepada kita untuk jelaskan bajet pakatan rakyat dan buku jingga," katanya./

Monday, October 17, 2011

MESYUARAT MPN DAN MAJLIS DOA SELAMAT PADA 18 OKT 2011

Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Pahang (MPN) Kali ke 7 akan diadakan di Ibu Pejabat PKR Negeri pada 18 Okt 2011 jam 03.00 petang. Semua Ahli MPN dikehendaki hadir.

Bagi ahli-ahli yang tidak dapat hadir atas alasan yang munasabah, Timbalan atau wakil dikehendaki hadir. Bagi setiap Ketua Cabang dan Biro, sila bawa bersama laporan lengkap aktiviti Cabang dan bidang tugas masing-masing.

Untuk makluman, pada hari tersebut juga akan diadakan Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran bagi meraikan pemergian Pengerusi MPN dan isteri beliau ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Haji. Beliau dan isteri dijadualkan bertolak ke Tanah Suci Mekah pada 22 Okt 2011.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan SU atau SUK Negeri.

Mahathir Lupa Dia Pernah Mengaku Dia Tikus Yang Sanggup Menderhaka Raja

Enggan Minta Maaf, Dr Mahathir Anggap Dr Aziz Bari Kurang Ajar

SERI ISKANDAR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Profesor Dr Abdul Aziz Bari memohon maaf serta menarik balik kenyataannya yang mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama Ogos lalu, 'sebagai kurang ajar'.

Beliau berkata kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertentangan dengan moral masyarakat Timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam bahasa Melayu.

"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) Ke-11, Ahad.

Dr Mahathir, yang juga Canselor UTP, diminta mengulas kenyataan Dr Abdul Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Abdul Aziz dilaporkan berkata sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan Anugerah Canselor Emas kepada graduan Sarjana Muda Kepujian Kejuruteraan Awam Lai Chin Leong, 23, ekoran kecemerlangannya meraih purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.89.

Muhammad Aiman Jamaludin, 22, T. Kuhanesapathy, 23, pula menerima Anugerah Canselor Perak dan Gangsa. - BERNAMA

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Mahathir: Si tikus derhaka yang kononnya membela raja

Dewan Merdeka PWTC tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno itu tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Masing-masing perwakilan yang sebelumnya bersorak-sorai apabila Raja-raja Melayu dihina dan dipermain-mainkan sepanjang tiga hari perhimpunan itu berlangsung mula berasa seram sejuk.

Sepanjang tiga hari, perhimpunan Agung Umno tahun itu berubah menjadi 'sidang penderhakaan' terbesar Melayu terhadap Raja-rajanya. Tidak cukup dengan kata-kata nista dan cemuhan yang dilemparkan terhadap Raja-raja Melayu, media massa pro-Umno juga turut menyiarkan ucapan-ucapan perwakilan dan pemimpin Umno yang mengecam dan mempersendakan Raja-raja.

Matlamatnya satu, mahu perlembagaan dipinda bagi membataskan kuasa dan menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu.

Dato' Zainal Abidin Sakom, wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu menjadi wira dalam perhimpunan itu. Beliau tanpa segan silu dan tidak beradab menyerang peribadi Sultan Selangor. Zainal turut menyerahkan senarai salah laku Sultan Selangor kepada Dr Mahathir untuk didedahkan kepada rakyat.

Penderhakaan terbuka Zainal menaikkan semangat para perwakilan Umno. Satu demi satu aib Raja-raja Melayu didedahkan dan keaiban-keaiban ini disiarkan oleh media elektronik pro-Umno secara langsung dan media cetak pro-BN keesokan harinya.

Bagaimanapun cerita tikus dan kucing oleh perwakilan Umno Pulau Pinang itu tiba-tiba mengecutkan perut para perwakilan yang sebelum itu begitu biadap dan celupar menghina istana.

Tiada seorang pun perwakilan Umno yang berani menyahut cabaran perwakilan Umno itu sehinggalah ucapan penangguhan Presiden.

Dan ketika memberikan ucapan penangguhannya Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad (Dato' Seri) dengan beraninya berkata: "Ada perwakilan yang bertanya siapa tikus yang berani menggantung loceng di leher kucing... Jawapannya kamilah... Kami yang berada di atas pentas ini (Ahli Majlis Tertinggi Umno)."

Maka bersorak-sorai para perwakilan Umno meraikan keberanian Dr Mahathir itu. Hasilnya satu Resolusi 4 Perkara telah diluluskan Perhimpunan Agung Umno untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu. -ahmadtajdid/GB

SEKITAR MATC PKR PAYA BESAR PADA 16 OKT 2011



Ucapan Perasmian oleh Timb SU PKR Negeri, Sdr Kamarzaman Yunus. Disebelahnya adalah pemerhati MATC, Sdr Rabidin (Ketua Cabang Rompin)



Ucapan Ketua Cabang, Tn Hj Zahari Mamat

Petang semalam (16 Okt 2011) telah berlangsung Mesyuarat Agong Tahunan (MATC) PKR Cabang Paya Besar bertempat di Markas PKR Felda Panching Selatan. Mesyuarat diresmikan oleh Timbalan Setiausaha PKR Negeri Pahang, Sdr Kamarzaman Yunus.



Di dalam ucapan perasmiannya, Sdr Kamarzaman mengingatkan betapa Cabang kini perlu fokus kepada persiapan menghadapi Pilihanraya umum yang tidak beberapa lama lagi. Hubungan bersama rakan-rakan di dalam PR perlu diperkuatkan lagi di samping saling bekerjasama untuk menumbangkan Umno/Bn di dalam pilihanraya itu nanti.



Sebelum itu, Ketua Cabang PKR Paya Besar iaitu Tuan Hj Zahari menegaskan bahawa PKR Cabang Paya Besar kini telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya dan menyatakan keyakinannya bahawa PR mempunyai harapan untuk merampas kerusi Umno/Bn di kawasan itu. Beliau juga melahirkan kesyukurannya kerana terdapat perubahan sokongan di beberapa kawasan yang dahulunya kubu kuat Umno, tetapi kini boleh ditembusi oleh PKR. Namun demikian, usaha harus diperkuatkan lagi dan semua ahli mesti bekerja kuat mulai sekarang.

Kesimpulannya, mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan parti akan bergerak lebih aktif di beberapa kawasan yang dianggap sebagai kawasan hitam.