KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, November 5, 2011

SENARAI CALON PKR BELUM DITETAPKAN, JANGAN ADA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN

KEADILAN Pahang telah dapat mengesan beberapa kes tentang beberapa individu yang mengutip dana kononnya untuk dana Pilihanraya Umum nanti dan mengaku sebagai calon yang mewakili parti. Kes ini sedang dipantau dan tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang mengaku sebagai calon parti untuk mengumpul dana dari orang ramai.

Untuk makluman, KEADILAN Pahang masih belum memutuskan sebarang calon bagi mewakili parti. Namun demikian, program parti tetap diteruskan dan usaha untuk mendapatkan dana pilihanraya adalah di atas inisiatif Ketua Cabang berkenaan dan semua AJK nya di atas nama parti bukannya di atas nama individu.

Sehubungan itu, sekiranya terdapat aduan dari mana-mana pihak tentang individu yang mengaku sebagai calon parti dan mengambil kesempatan untuk mengumpul dana bagi dirinya, parti akan menyiasat dan sekiranya terdapat bukti kukuh maka tindakan tegas akan diambil. Parti merasa bangga kepada Cabang-Cabang yang aktif mengadakan program bersama masyarakat dan berusaha untuk mendapatkan dana bagi parti. Semangat ini harus kita kekalkan dan kita tidak mahu mana-mana individu mengambil kesempatan.

Kepada mana-mana pihak yang meragui tentang sebarang kutipan dana dari individu tertentu, sila berhubung dengan Ketua Cabang atau menghubungi Ibu Pejabat Parti bagi mendapatkan pengesahan daripada Pengarah Pilihanraya, Sdr Zaidi Ahmad.

Friday, November 4, 2011

SEKITAR PIKET MTUC DI KUANTAN PADA 03 NOV 2011


Semalam (03 Nov 11) , Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mengadakan piket serentak di seluruh negara. Piket yang berslogankan "Membantah Akta Kerja 1955 Yang Menafikan Hak Pekerja" adalah bagi membantah memberikan kuasa kepada kontraktor menggantikan majikan yang akan menjejaskan hak dan kebajikan pekerja.




Di peringkat Negeri Pahang, piket telah diadakan berhampiran Padang MPK bersebelahan dengan Masjid Negeri, Kuantan bermula jam 5.00 petang. Selepas waktu Asar, kelihatan sikit demi sedikit orang ramai mula berkumpul meskipun di dalam keadaan hujan renyai-renyai. Awalnya beberapa kumpulan yang baru berkumpul telah diarahkan bersurai oleh pihak Polis yang lebih awal mengawasi tempat berhimpun.



Namun, para peserta piket telah memilih suatu kawasan di hujung padang tersebut untuk berkumpul dan memegang sepanduk sambil menyanyikan lagu menaikkan semangat. Situasi ini diperhatikan oleh pihak Polis di mana para peserta melaungkan kata-kata "Hidup Union, Hidup MTUC'. Ketua kumpulan piket yang dikenali sebagai `Mamat Panchor' memberi jaminan kepada pihak Polis bahawa piket akan berjalan aman dan mengambil masa yang tidak begitu panjang memandangkan perhimpunan petang semalam tidak mempunyai permit.



Suasana piket MTUC petang semalam. Kelihatan Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Pahang, Sdr Zaidi Ahmad (baju belang) sedang memberikan komen beliau kepada media terhadap tuntutan MTUC. Kelihatan `Mamat Panchor' (bertopi) yang mengetuai protes.

Turut hadir memberikan sokongan kepada piket MTUC ini adalah wakil dari PKR Negeri, Sdr Zaidi Ahmad Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Pahang yang turut memberikan komen beliau terhadap tuntutan MTUC itu. Beliau juga mengucapkan Tahniah kepada wakil MTUC yang mengetuai perhimpunan itu kerana berani menyatakan hak mereka. Turut bersama juga adalah pemuda dari AMK, pimpinan PAS dan DAP dan para penyokong PR. Tidak ketinggalan memberikan sokongan dan semangat adalah wakil SAMM Kuantan yang diketuai oleh Sdr Hatta.



Walaupun jangkaannya piket akan berakhir jam 6.00 petang, namun kerana menghormati arahan pihak berkuasa piket bersurai lebih kurang jam 5.30 petang. Syabas dan tahniah kepada MTUC dan semua yang menyokong piket semalam.

Thursday, November 3, 2011

DATO ZUL KULIM PUNYAI LESEN BESAR BOLEH CERAMAH DI DALAM SEKOLAH?


Kita telah banyak kali diberitahu bahawa di dalam Sekolah atau kawasan Sekolah serta Masjid dan Surau tidak boleh dijadikan tempat berpolitik. Tetapi, arahan itu sebenarnya untuk parti Pakatan Rakyat sahaja, manakala arahan tersebut tidak terpakai untuk Umno/Bn bahkan Bebas sekali pun.

Terdapat juga suara-suara dari dalam Istana yang mengeluarkan arahan sedemikian iaitu tidak mahu Sekolah dan pelajar di politikkan. Bagus arahan itu, tetapi bagaimana pula dengan pihak yang melanggar arahan tersebut?

Itulah Malaysia negara yang dipimpin oleh pemimpin hipokrit dan penipu. Di negara ini terdapat dua undang-undang, satu untuk mereka dan satu lagi untuk Pembangkang. Sebagai contoh, Ceramah MP Bebas dari Kulim Bandar Baru akan diadakan di sebuah sekolah di Puncak Alam 3, Selangor. Jika MP Bebas pun boleh guna sekolah, mengapa MP yang berparti dari Pembangkang tidak boleh menggunakannya? Itulah undang-undang di negara kita.

Walaupun Zul Kulim hanya berceramah seorang diri tetapi layanan terhadap beliau amat baik sehingga boleh memasuki sekolah untuk berceramah. Mungkin kerana di dalam Banner nya itu diletak logo `1 Malaysia', maka dikira mempunyai lesen besar seperti Umno/Bn. Siapa Guru Besar atau Pengetua Sekolah yang berani melarang? Jawapannya tiada, kerana bukan senang mahu cari `kancil' dari jumlah `keldai' yang banyak.

Foto: Ihsan Blogger ekele.net

Wednesday, November 2, 2011

KEADILAN PAHANG BERSAMA MTUC BERPIKET 03 NOV INI


KEADILAN Pahang menggalakkan anggota-anggotanya untuk menyertai piket anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada 3 November ini bagi membantah pindaan Akta Kerja 1955.

Parti (KEADILAN) turut bersetuju agar Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang sudah dilulus akan dibubarkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,”

Di Peringkat Negeri Pahang, piket tersebut akan diadakan serentak pada 03 Nov 2011 (Rabu) bertempat di Perkarangan Masjid Negeri, Kuantan mulai jam 05.00 hingga 06.00 petang. Orang ramai dijemput hadir lebih awal dan mula berkumpul selepas Waktu Asar, bagi Kaum Muslimin dan Muslimat mereka boleh bersolat Asar di Masjid Negeri berhampiran.

Orang ramai digalakkan memakai pakaian putih dan hitam atau lengan dililit kain hitam tanda protes. Hebahkan melalui FaceBook masing-masing.

Tuesday, November 1, 2011

Rosmah ‘Wanita Pertama’ beli mutiara RM487,000 di Australia?

KUALA LUMPUR 1 Nov: Ketika berita mengenai anak Datuk Seri Najib Razak dilapor berbelanja mewah di Australia, laman blog dan sosial seperti Facebook menyiarkan gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memakai rantai mutiara.


Ia dikaitkan dengan laporan akhbar Australia, The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia minggu lalu.

Rombongan itu mengambil kesempatan untuk membeli belah di negara itu ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Akhbar The West Australian melaporkan, seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.

Namun akhbar itu tidak menamakan wanita terbabit.

Spekulasi bertiup kencang apabila blogger dan peminat politik mengaitkan wanita berkenaan dengan Rosmah- yang sebelum ini menggelarkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia atau Wanita Pertama Malaysia.

Selain itu, akhbar yang sama turut melaporkan anak gadis perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan sekurang-kurangnya RM195,000 untuk membeli belah di David Jones.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama keluarga Najib dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah ketika negara dibebani dengan hutang sebanyak RM437 juta dan rakyat menderita akibat kenaikan kos hidup.

Rosmah sebelum ini turut dikaitkan dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta yang dibeli dari syarikat Jacob & Co- sebuah syarikat berlian terkemuka di London.

Beliau juga gemar mempamerkan kemewahan termasuk memakai beg tangan jenama mewah Birkin, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa.

Minggu lalu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin meminta Rosmah menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22406

Tidak Ada Pilihan Raya Sehingga Tuntutan Bersih Dipenuhi- Azmin

Keadilan Daily

Pakatan Rakyat menggesa Jawatan Khas Parlimen (PSC) mengemukakan saranan kepada kerajaan supaya pilihan raya tidak diadakan sebelum proses penambahbaikan dijalankan.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, PSC juga perlu meneliti lapan tuntutan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bagi tujuan itu.


“Kita mahu jawatankuasa (PSC) kemuka saranan kepada kerajaan supaya tak ada pilihan raya sehingga Jawatankuasa memberikan maklum balas dan cadangan bertujuan menambah baik proses pilihan raya.

“Kami membawa lapan tuntutan Bersih dan berharap jawatankuasa memberi ruang yang luas kepada (Pengerusi Bersih) (Datuk) Ambiga untuk kemukakan hujah menyokong lapan tuntutan, yang mewakili 60 NGO dan berharap jawatankuasa ini bebas dari tangan-tangan politik,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Lapan tuntutan Bersih itu ialah membersihkan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Sehubungan itu kata Azmin, Wakil Pakatan Rakyat dalam PSC akan memanggil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai saksi pertama dalam mesyuarat ketiga mereka esok.

“Kita tidak mahu jawatankuasa (PSC) ini dijadikan helah untuk lengah-lengahkan reformasi pilihan raya,” tambah Azmin pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu wakil Pakatan dalam PSC – Dr Hatta Ramli (Pas) dan Anthony Loke (Dap).

Sementara itu Anthony Loke berkata, SPR tidak boleh memberi alasan untuk tidak menghadirkan diri ke mesyuarat esok kerana PSC telah memberi notis kepada mereka.

“Seperti yang kita sedia maklum sebahagian besar masalah tak perlu kepada pindaan perlembagaan kalau SPR serius untuk melakukan reformasi pilihan raya,”

“SPR jangan beri alasan untuk kata mereka tidak tahu. Kita (PSC) telah beri banyak notis beberapa kali. Esok sudah mesyuarat ketiga,” kata beliau.

PARLIMEN PEKAN BUAT KEJUTAN - LEBIH 400 PENEROKA FELDA CINI BAKAL SAMAN FELDA


Penyerahan borang lantikan Peguam bagi kes Peneroka Saman Felda diserahkan kepada Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Tuan Hj Suhaimi Said

Mengangkat tangan menandakan para Peneroka kini bersedia untuk melakukan perubahan

Petang semalam, 31 Okt 2011 bertempat di Markas PAS Felda Cini 3 di kawasan Parlimen Pekan, Cabang PKR Pekan di bawah Ketua Cabang yang baru Sdr Roslan Tahir telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Dialog dan Penyerahan Borang Perlantikan Peguam Peneroka Saman Felda.


Sekitar proses pendaftaran dan mengisi borang


Majlis yang bermula jam 4.00 petang itu telah mendapat sambutan di luar jangkaan kerana pada awalnya sasaran borang yang mungkin diterima adalah sekitar 300 sahaja, tetapi petang itu lebih dari 400 borang telah dikemukakan. Bahkan, ketika majlis hampir selesai pun masih ada peneroka yang mengisi borang setelah mereka yang kebanyakannya ahli Umno memahami isu sebenar setelah mereka mendengar penerangan dan taklimat yang diberikan.


Pengarah Pilihanraya PKR Negeri, Sdr Zaidi selaku Pengerusi Majlis. Kelihatan Tuan Hj Suhaimi Said sedang menyampaikan taklimat dan penerangan berkaitan isu saman Felda. Barisan duduk di hadapan terdiri dari (dari kiri) Tuan Hj Suhaimi, Sdr Rebin, Sdr Roslan (Ketua Cabang Pekan) dan Sdr Wak Rabidin (Ketua Cabang Rompin).

Majlis penerangan dan dialog yang diPengerusikan oleh Sdr Zaidi Ahmad selaku Pengarah Pilihanraya PKR Negeri turut menampilkan ahli panel iaitu Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Tuan Hj Suhaimi Said dan Setiausaha Biro sdr Berham Rebin. Turut berucap adalah Ketua Cabang Pekan Sdr Roslan Tahir dan Ketua Cabang Rompin Sdr Wak Rabidin. Wakil dari PKR Cabang Palong turut hadir memberikan sokongan.


Sdr Roslan, Sdr Wak Rabidin dan Sdr Rebin turut berucap

Tuan Hj Suhaimi Said secara panjang lebar menjelaskan mengapa Peneroka perlu bangkit menuntut hak mereka yang dirampas atau ditipu oleh pihak kerajaan melalui Felda. Beliau turut mengingatkan para Peneroka bahawa mereka tidak boleh merasakan bahawa Peneroka kini hidup mewah atau senang lenang berbanding sebelum mereka menyertai Felda sedangkan benda yang paling berharga di dalam diri mereka iaitu hak mereka dirampas sewenang-wenangnya.



Sekitar yang hadir di dalam Markas PAS Felda Cini 3

Mereka harus sedar bahawa berbelas tahun mereka tertipu dengan jumlah pendapatan sebenar yang sepatutnya menjadi hak mereka. Ini terbukti beberapa kes Peneroka saman Felda telah dimenangi oleh Peneroka sekaligus membuktikan bahawa sememangnya wujud unsur penipuan yang dilakukan terhadap mereka. Sehubungan itu, Tuan Hj Suhaimi Said mahu agar para Peneroka bertindak lebih berani memperjuangkan nasib mereka dan generasi Felda akan datang dengan melakukan perubahan di dalam Pilihanraya Umum akan datang.



Barisan kepimpinan termasuk wakil dari PKR Cabang Palong mengangkat tangan menandakan mereka bersedia berjuang untuk nasib Peneroka

Tahniah kepada Cabang Pekan yang berjaya mengumpulkan kehadiran para Peneroka di Felda Cini di kawasan Parlimen Pekan ini. Syabas juga buat Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang tidak pernah berputus asa untuk menyedarkan masyarakat Felda yang dahulunya merupakan aset penting buat Umno/Bn di dalam Pilihanraya. Jika momentum ini dapat dikekalkan, tidak mustahil Najib akan tumbang di Parlimen Pekan dan Pahang bakal diterajui oleh Pakatan Rakyat, InsyaAllah.