KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, October 23, 2011

PKR PAHANG SEMAKIN BERSEMANGAT, CALON BERWIBAWA AKAN DITAMPILKAN

PKR Pahang kini telah pun mempunyai senarai calon yang berwibawa untuk diketengahkan di dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Alhamdulillah, pembahagian kerusi bersama rakan di dalam Pakatan Rakyat di Negeri Pahang ini tidak menghadapi sebarang masalah besar atau merumitkan.

Biarpun dikatakan Parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim akan bertanding di beberapa kerusi di Pahang, PKR Pahang tetap meraikan demokrasi dan sanggup bertanding hatta tiga penjuru mahu pun empat penjuru. Di khabarkan terdapat calon Bebas akan turut bertanding, namun kami tegaskan bahawa PKR tidak akan berkompromi dengan mana-mana calon selain dari yang telah kami pilih kerana matlamat PKR adalah untuk mengambil alih Kerajaan Negeri dari Umno/Bn.

Sejajar dengan keputusan Mesyuarat MPN ke-7 baru-baru ini, kami tidak mahu ada `calon lompat' atau `calon segera' ditonjolkan. Di Pahang, PKR mempunyai ramai calon yang layak dan senarai calon tersebut umumnya sudah dikenali ramai masyarakat di kawasan masing-masing. Kini tumpuan kami adalah mendekatkan diri kepada rakyat dengan membawa manifesto yang menjamin sebuah negeri yang berkebajikan.

Di bawah Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, PKR kini bergerak siang dan malam menembusi kawasan felda dan penempatan Orang Asal kerana hampir kesemua Parlimen di Negeri Pahang mempunyai jumlah pengundi yang ramai di kalangan Peneroka dan Orang asal, kecuali di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota. Terlalu banyak isu yang Peneroka Felda dan Orang Asal tidak tahu yang melibatkan hak dan kepentingan mereka, justeru itu kami berusaha untuk menyedarkan mereka agar mereka tidak tertipu dan menjadi mangsa Umno/Bn selama-lamanya.

Meskipun Umno dikhabarkan bergolak di Pahang akibat beberapa pemimpin mereka sedang melobi untuk menjadi MB Pahang selepas PRU nanti, bagi kami itu tidak banyak membantu kami. Kami mahu tampil sebagai pengganti kepada Umno/Bn menerajui negeri ini atas kekuatan kami sendiri bukannya atas kelemahan dan perpecahan pihak lawan.

Friday, October 21, 2011

JEJAK FAKIR DEEPAVALI BERSAMA MP KUANTAN

TARIKH: 20 Okt 2011
MASA: 2.30 - 5.00 ptg

TEMPAT: Taman Inderapura, Kuantan
DALAM PROGRAM INI YB FUZIAH SALLEH TURUT TURUN PADANG UNTUK MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DEEPAVALI PADA FAKIR MISKIN INDA.

WAKIL DARI KELUARGA MISKIN

PENERIMA SUMBANGAN DEEPAVALI

SUMBANGAN BERUPA BERAS DAN KUEH

PENERIMA SUMBANGAN DEEPAVALI

FAKIR SERTA CACAT DARI KELUARGA INDIA




BEGITU SAYU DAN SEBAK SEKALI FAKIR CACAT (BUTA) ATAS KESUDIAN YB FUZIAH MENZIARAHI KELUARGANYA SERTA MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DEEPAVALI

Polis biadap, halang saya solat Jumaat – Shamsul

(Oleh Masdar Wahid)


GOMBAK 21 Okt : Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, polis yang menahannya ketika beliau mahu menunaikan solat Jumaat tengahari tadi biadap dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara di negara ini.

“Saya beritahu polis, kalaupun nak tangkap, bagi saya solat Jumaat dahulu.

“(Malangnya) Saya langsung tidak dibenarkan solat meskipun solat Jumaat hampir dimulakan oleh Imam dan jemaah lain.

“Mereka (polis) terus berkasar dengan mengheret saya keluar dari masjid sebelum sebuah kereta peronda membawa kami keluar dari kawasan universiti,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Shamsul ditahan di dalam Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ketika sedang Iqamat dan dikasari sekumpulan 15 anggota polis.

“Semasa saya ditangkap, beberapa rakan media alternatif dikasari dan telefon bimbit mereka dirampas sebelum dibaling ke tanah.

“Manakala sekumpulan mahasiswa yang cuba merakam insiden sama turut diherdik dan dikasari polis yang menangkap saya,” jelas Shamsul.

Beliau bersama pembantunya dikenali sebagai Khalid kemudian ditempatkan dalam kereta di tepi jalan sekitar Taman Melati, Gombak dengan dikawal polis dan pengawal keselamatan UIA.

Mereka bagaimanapun dibebaskan kira-kira 2.45 petang tadi.

Mengulas penangkapan itu, Shamsul kesal UIA sewajarnya menjadi tempat menyuburkan ilmu Islami seperti slogannya ‘Taman Ilmu dan Budi’ berlaku sebaliknya.

“Penahanan ini jelas membuktikan pentadbiran UIA begitu terdesak untuk mengekang keprihatinan massa di luar kelompok mahasiswa dan pensyarah lainnya, khusus dalam isu penggantungan Prof Dr Abdul Aziz ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Shamsul merupakan graduan UIA dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan juga bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) universiti itu./http://www.keadilandaily.com/?p=21999

CERAMAH YB AZMIN ALI DAN PAK JABIT DI K.LIPIS MALAM INI


Malam ini, Jumaat (21 Okt 2011) PKR Cabang K.Lipis akan menganjurkan Ceramah Umum bertempat di Kg. Mela, K.Lipis, Pahang mulai jam 08.30 malam.

Pemidato utama malam ini adalah Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali di samping penceramah jemputan terdiri dari YB Leong Ngah Ngah, Sdr Zakaria Abdul Hamid (MPP), Dr Nilam Manaf (AJK PAS Pahang) dan Sdr Man Kadir@Pak Jabit.

Semua dijemput hadir dan mohon hebahkan.

Thursday, October 20, 2011

LAWATAN KERJA PKR KE KAWASAN PEKAN - MISI TAWAN PEKAN BERMULA

Rombongan pimpinan Negeri dan Cabang Pekan bersama Wakil penduduk Orang asal
Kg Tasik Mentiga, Cini

Ramai yang beranggapan bahawa Parlimen Pekan mustahil untuk dirampas oleh Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang. Ini adalah kerana Parlimen tersebut diwakili oleh PM, Najib Tun Razak tambahan pula di Parlimen tersebut terletaknya dua kem tentera di Batu 9 dan Batu 10, iaitu Kem 4 Briged Mekanise dan TUDM Kuantan.

Kekuatan undi pos yang sering dipertikaikan ketelusannya oleh Pembangkang adalah aset buat Parlimen Pekan di samping penempatan kelompok orang asing seperti Kemboja yang ramai di Pekan dan mereka juga diberi hak untuk mengundi. Dikhabarkan juga, ramai Ketua-Ketua Kampong di kawasan Pekan yang ditaja pemergian mereka ke Tanah Suci Mekah tahun ini. Ini semua membuatkan ramai berpendapat Parlimen Pekan mustahil boleh dirampas oleh Pakatan Rakyat.



Prihatin, mendengar permasalahan mereka

PKR Pahang berpendapat sebaliknya. Kami amat serius untuk merampas Parlimen Pekan dan segala jentera telah mula digerakkan di segenap pelusuk Pekan termasuk kawasan felda dan penempatan Orang asal. Semangat kami semakin tinggi dan memuncak apatah lagi Cabang PKR Pekan kini mula diaktifkan kembali sekaligus menerima keahlian baru seramai lebih 200 orang baru-baru ini. Beberapa Ranting bakal diwujudkan di dalam tempoh seminggu dua ini.



Hari ini (20 Okt 2011), Cabang Pekan bersama wakil dari Ibu Pejabat PKR Negeri telah mengadakan dua lawatan kerja di sekitar Parlimen Pekan iaitu di perkampongan Orang Asal Kg Tasik Mentiga, Cini dan di Felda Cini 4. Rombongan kami disertai oleh bekas Adun Cini Sdr Jafri Rashid, Timbalan SU Negeri Sdr Kamarzaman, Ketua Penerangan Negeri Sdr Razali Alias, Ketua Cabang Pekan Sdr Roslan Tahir dan beberapa yang lain.



Inilah kawasan yang mereka dakwa tanah yang telah dirampas...


Di Kg Tasik Mentiga, kami telah bertemu dengan penduduk Orang Asal dan mereka banyak mengadu tentang permasahan mereka. Kami telah ditunjukkan satu kawasan tanah yang mereka dakwa tanah Orang Asal yang telah dirampas oleh pihak-pihak tertentu. Mereka juga menyuarakan masalah tentang pendidikan anak-anak mereka yang tidak diambil berat oleh pihak Kerajaan. Memang benar ketika kami sampai ke perkampongan tersebut lebih kurang jam 10.30 pagi, terdapat ramai kanak-kanak yang bermain di sekitar rumah mereka dan tidak bersekolah.



Perbincangan dan mesyuarat di rumah Pak Jalut, Felda Cini 4
bagi menyusun strategi menghadapi PRU

Selepas itu, kami menuju pula ke Felda Cini 4 untuk mengadakan pertemuan dan mesyuarat dengan beberapa penduduk di situ. Tuan Rumah, Sdr Pak Jalut telah sudi membenarkan pertemuan dan mesyuarat diadakan di rumah beliau. Turut berada di situ adalah Sdr Kamal, Timbalan Ketua Cabang Pekan dan Pak Din orang kuat PKR dan juga Naib Ketua Cabang Pekan serta beberapa penduduk di kawasan berkenaan. Kami berbincang banyak perkara termasuk perancangan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di kawasan-kawasan Felda di bawah Parlimen Pekan.

Mereka mengharapkan agar parti merancang untuk lebih kerap mengadakan ceramah di kawasan mereka. Di dalam masa terdekat ini, kami akan dijemput hadir untuk program penyerahan borang keahlian baru dari penduduk-penduduk di sini.

Melihat kepada semangat yang tinggi dari semua pimpinan dan penduduk Orang-Orang Asal serta para Peneroka Felda yang kami kunjungi, Parlimen Pekan bukan lagi mustahil untuk ditawan di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Apa yang pasti, calon dari PKR yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dun di Pekan bukan calang-calang tokoh. Kami yakin dengan perancangan bersama rakan di dalam PAS, Najib tidak akan senang duduk selepas ini.

HIMPUN - SAMBUT BAIK KEPUTUSAN PUCUK PIMPINAN



Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang menyambut baik keputusan yang diambil oleh pucuk pimpinan Parti di peringkat Pusat yang tidak mahu melibatkan diri di dalam Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang dijadualkan pada Sabtu ini di Shah Alam.

Selain daripada PAS, beberapa NGO Islam juga tidak mahu terlibat di dalam perhimpunan tersebut termasuk dari WADAH dan juga ABIM. Langkah bijak PKR tidak mahu terlibat di dalam perhimpunan yang secara tiba-tiba menarik minat Umno itu sudah tentu mengecewakan beberapa pihak yang mahu melihat Pakatan Rakyat terperangkap dengan propaganda mereka.

Isunya di sini, semenjak bila Umno ikhlas untuk memartabatkan Islam apatah lagi untuk memantapkan akidah umat Islam sedangkan dasar-dasar mereka masih diselimuti dengan amalan rasuah. Semua tahu, Umno adalah penentang utama terhadap hukum Islam terutamanya hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS. Umno juga gagal menggubal Undang-Undang Murtad sejak lebih 50 tahun mereka berkuasa. Umno terus memperkayakan tokeh-tokeh judi dan ada di antara tokoh mereka mempunyai anak yang menguasai kilang arak terbesar di luar negara. Jika tidak percaya, cuba bertanya kepada Tun Mahathir siapakah yang memiliki saham terbesar kilang arak di Filipina?

Memandangkan keadaan ini, maka jelas kepada kita ada cubaan pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan keresahan di kalangan berbagai ugama di negara ini untuk melindungi kerajaan mereka yang rasuah dan anti Islam itu.

PKR tegas dan komited untuk terus memelihara martabat Islam bersama Parti PAS, dan DAP walaupun DAP mempunyai perbezaan pendapat dengan PAS namun perbezaan pendapat mereka jauh lebih baik dari Umno yang sejak dahulu lagi menentang perlaksanaan hukum Islam.

Wednesday, October 19, 2011

MESYUARAT MPN DAN SEKITAR MAJLIS DOA SELAMAT UNTUK PENGERUSI MPN DAN ISTERI

Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Pahang (MPN) Kali ke-7 telah diadakan pada 18 Okt 2011 jam 3 petang di Ibu Pejabat Negeri, Jalan Beserah, Kuantan.



Pemangku Pengerusi MPN, Sdr Ahmad Nizam Hamid sedang mempengerusikan Mesyuarat MPN Kali Ke-7

Mesyuarat kali ini telah diPengerusikan oleh Pemangku Pengerusi MPN, Sdr Ahmad Nizam Hamid. Semua ahli MPN turut hadir di dalam mesyuarat tersebut yang agenda utamanya adalah bagi membincangkan persediaan dan persiapan menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan diadakan tidak beberapa lama lagi.



Secara umumnya, MPN setakat ini berpuashati dengan prestasi parti di semua Cabang, walaupun beberapa aspek didapati masih mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki sertamerta. MPN juga mengambil ketetapan untuk bersedia menerima sebarang calon yang dipilih bagi mewakili parti di dalam Pilihanraya Umum akan datang samada di peringkat Dun mahu pun Parlimen. Di peringkat Dun, senarai calon kini hampir lengkap dan akan dibincangkan di peringkat Biro Politik Negeri sebelum keputusan muktamad dibuat.



MPN mengucapkan syabas kepada Cabang Pekan yang baru selesai mengadakan MATC dan pemilihan AJK yang baru sekaligus berjaya menarik keahlian seramai 183 ahli baru. Diharapkan di bawah Ketua Cabang yang baru, Sdr Roslan Tahir akan dapat mengembalikan kegemilangan Cabang Pekan yang dahulunya parti pernah memenangi kerusi Dun Cini.



Sesi bergambar selepas Mesyuarat MPN

Selepas mesyuarat diadakan, MPN telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena pemergian Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman serta isteri ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Fardhu Haji. Dato' Fauzi turut hadir pada majlis tersebut. Beliau dijadualkan berlepas ke Tanah Suci Mekah pada 22 Okt ini.



Dato' Fauzi Abd Rahman sedang menyampaikan amanatnya sebelum beliau ke Tanah Suci

Di dalam ucapan dan amanatnya, Dato' Fauzi berpesan agar semua pimpinan parti memperkuatkan ukhwah dan kerjasama bagi memperkasakan parti khususnya di Negeri Pahang ini. Beliau mahu agar segala perbezaan pendapat diraikan bersama agar perpaduan sesama kita yang ada sekarang dipertahankan. Dalam nada yang sebak, beliau mahu semua pimpinan dan ahli parti bersatu tenaga, jujur dan ikhlas serta bekerja dengan lebih kuat. Beliau berjanji akan berdoa di Tanah Suci nanti semoga parti yang disayangi ini beroleh kejayaan di dalam Pilihanraya Umum akan datang bagi melakukan perubahan khususnya di Negeri Pahang ini.



Majlis Tahlil dan Doa Selamat diadakan di Ibu Pejabat PKR Negeri


MPN dan semua pimpinan di semua peringkat serta semua ahli parti mengucapkan selamat menunaikan Fadhu Haji kepada Dato' Fauzi dan isteri. Kami semua sentiasa mendoakan agar perjalanan pergi dan balik beliau bersama isteri sentiasa dilindungi Allah dan dapat melaksanakan ibadah Haji dengan sempurna. Kami akan sabar menanti kepulangan beliau untuk bersama-sama meneruskan perjuangan di dalam parti, InsyaAllah.