Sumber: Keadilan Pahang
KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI
DENGAR RADIO KAMI?
Followers
Saturday, August 20, 2011
Jemputan Ke Majlis Pengiktirafan Tanah Orang Asal Hari Ini
Sumber: Keadilan Pahang
ISU DAFTAR PENGUNDI - SEMUA MAHU SALAHKAN KERANI LEBIH BAIK BOS LETAK JAWATAN
Apabila sejak kebelakangan ini iaitu selepas perhimpunan BERSIH 2.0, berbagai pihak terutamanya dari parti Pembangkang berjaya membongkar satu persatu `temberang' SPR yang bertahun-tahun mereka sembunyikan dan mereka anggap bersih itu. Jika satu atau dua kes yang kita dedahkan, mungkin tidak memberi tekanan kepada SPR tetapi apabila beribu-ribu kes kita dedahkan sehingga berjangkit penyakit SPR ini kepada JPN pula, maka SPR tidak mampu lagi untuk menangkisnya.
Mulanya mendakwa SPR tidak silap, yang `silap teknikal' adalah JPN. Baru-baru ini mengaku pula bahawa berlaku kesilapan di dalam SPR hanya 0.0001%. Baca di sini. Seboleh-bolehnya tidak juga mahu mengaku silap. Ini bukan masalah sedikit atau banyak silap, apa penanda aras yang SPR guna untuk mendakwa 0.0001% itu teramat sedikit? Sedangkan kesilapan yang didedahkan itu terlalu banyak? Apakah SPR mahu tunggu sehingga 50 % kesilapan berlaku baru mahu mengaku SPR silap?
Jika yang sedikit itu pun SPR terkial-kial mahu memperbaikinya, bayangkan jika jumlahnya mencapai ke tahap yang lebih tinggi. Jumlah yang dikatakan oleh SPR 0.0001% itu hanyalah beberapa kes yang dapat dikesan di dalam beberapa minggu ini sahaja, yang tidak dapat dikesan atau masih belum dikesan kita tidak tahu lagi. Samalah maksudnya dengan perbuatan mencuri, walaupun mencuri wang seringgit dengan mencuri wang seribu ringgit ianya tetap mencuri dan jika dibawa ke mahkamah ianya tetap dikatakan oleh Hakim adalah bersalah.
SPR tidak perlu bermain dengan kata-kata untuk membela jabatannya itu. Mengapa SPR terus menyalahkan kerani-keraninya di atas kecuaian tersebut? Jika semua kerani SPR mahu tentukan, apa gunanya ada jawatan Pengerusi SPR, Timbalan dan Setiausaha? Jika SPR sudah menyalahkan kerani-keraninya, adakah JPN juga tidak mahu menyalahkan kerani-keraninya? Kita bersimpati dengan nasib kakitangan bawahan di SPR dan JPN kerana terpaksa menanggung semua ini sedangkan bos mereka asyik dengan `berpolitik'.
Friday, August 19, 2011
ROSMAH MINTA RAKYAT BERSYUKUR ATAU DIA PATUT BERSYUKUR ?
"Seharusnya rakyat di Malaysia bersyukur kerana negara kita bukan sahaja cukup makan, cukup pakai malah selamat...tidak ada orang hendak mengacau kita," katanya ketika berucap pada program Rahmat Ramadan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, malam semalam (Malaysiakini).
Memang negara kita cukup makan, tetapi harga makanan bagaimana? Siapa kata negara kita rakyatnya tidak berpakaian, semua berpakaian tetapi bagaimana keadaannya? Negara kita selamat? Cuba tanya pihak Polis, ada berapa banyak lagi kes budak, remaja bahkan orang tua yang hilang tidak dapat dikesan? Selamatkah seorang ahli perniagaan wanita bersama dua lagi rakannya yang hilang, kemudian dijumpai dibakar itu? Diberitakan masih banyak lagi orang seperti arwah yang hilang tanpa dapat dikesan.
Kes Norita Shamsudin sudah selesaikah? Kes Altantuya, selamatkah beliau datang ke Malaysia? Bukan sahaja beliau didapati `lebur' di dalam hutan, malahan namanya pun `lebur' dari rekod keluar masuk negara ini. Banyak jika mahu diceritakan betapa `selamat'nya negara ini sehinggakan orang yang berhimpun secara aman pun boleh meninggal dunia dan patah kaki.
Rosmah bercakap seperti orang tua-tua yang duduk di hulu, yang tidak tahu apa-apa. Sepatutnya beliau bersyukur kerana dapat menggunakan duit rakyat untuk bermalam di hotel-hotel mewah, membayar bil air/api dengan puluhan ribu ringgit dan mungkin mampu memakai beg tangan dan cincin yang mahal-mahal. Cuma, beliau belum mampu mahu membeli sehelai tudung, agaknya.
Ingin kita maklumkan pada Rosmah, tanda kita bersyukur kepada apa jua nikmat Allah adalah dengan kita mematuhi perintahnya dan menjauhi larangannya. Caranya, tolak kerajaan yang terang-terang engkar perintah Allah, yang zalim dan rasuah. Pilih kerajaan yang lebih baik dari yang rasuah, yang belasah duit Peneroka Felda dan sesuka hati meminjam wang KWSP. Jatuhkan kerajaan yang mengekalkan akta zalim, Akta ISA yang terang jelas haram di sisi Islam.
Jangan kita jadi seperti ayam daging, yang terus `bersyukur' diberi makan minum dan tempat tinggal yang dijaga rapi, diberi rawatan dan sebagainya, tetapi cukup masa, badan sudah gemuk, ayam daging akan ditimbang untuk dijual dan disembelih. Pedulikan nasihat dari bini Najib yang sudah merasa dirinya semakin ke penghujung dari tampuk kuasa. Beliau tahu lakinya kini sudah tidak mampu untuk bertahan lagi dengan berbagai pendedahan yang dikeluarkan.
Najib dan Rosmah adalah beban kepada negara ini, justeru itu sebelum jatuhkan Umno, tentukan kedua-dua manusia ini jatuh dahulu./wfauzdin.blogspot.com
Mashitah Ibrahim cuba tegak benang basah
Ogos 18, 11
Secara mudahnya, Mashitah cuba memberi gambaran bahawa PAS telah membuang perjuangan Islam kerana tidak menyebelahi JAIS. Mashitah juga cuba menyebar fitnah kononnya sikap dingin PAS terhadap murtad adalah kerana hubungan PAS dengan DAP.
Lupakah Mashitah parti yang beliau wakili telah meluluskan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559). Sesiapa yang merujuk kepada Akta tersebut akan melihat bahawa “Murtad” tidak menjadi salah satu dari kesalahan jenayah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Siapakah yang telah meluluskan Akta Jenayah Syariah ini? Adakah DAP? Adakah Ambiga? Adakah Gereja Methodist Damansara Utama?
Atau, bukankah yang meluluskannya adalah Umno?
Maka, bolehkah kita katakan Umno sendiri penyokong kepada murtad secara sukarela memandangkan murtad dihalalkan di Wilayah2 Persekutuan.
Tidak hairanlah Lina Joy tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah atas jenayah murtad memandangkan Lina Joy dibaptiskan di sebuah gereja di Brickfield (yang berada di dalam Wilayah Persekutuan).
Malahan, kalau saya mahu pergi jauh ke lubuk sejarah, Umno telah bersikap dingin terhadap murtadnya Natrah.
Allahyarham Haji Ahmad Fuad menulis dalam bukunya yang bertajuk “Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan” di mana beliau menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan.
Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu permurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.
Dan menjadi maklumat umum, usaha Allahyarham Tuan Haji Ahmad Fuad menubuhkan Persatuan Ulama Malaya telah membawa kepada tertubuhnya Partai Islam Setanah Melayu, ringkasnya PAS.
Dengan kata lain, PERMURTADAN NATRAH adalah salah satu faktor yang membawa kepada perpecahan dalam Umno yang telah membuahkan PAS. PAS ditubuhkan atas sikap Umno yang dingin dan senyap dalam isu murtadnya Natrah.
Peristiwa Natrah mengajar kita betapa tingginya toleransi Umno terhadap jenayah murtad. Sehingga sejarah mengajar kita kebangkitan orang Islam di Singapura dalam peristiwa Natrah dipimpin oleh bekas Presiden PAS (Allahyarham Burhanuddin Helmi) serta Allahyarham Karim Ghani. Umno pada masa itu bersikap senyap sunyi dan dingin.
Jangan juga kita lupa betapa Umno beberapa kali menghalang usaha PAS untuk membentangkan rang undang-undang pribadi yang bakal mengharamkan murtad. Kalau Umno ikhlas menangani murtad sudah tentu Umno yang akan membentang rang undang-undang murtad di Parlimen sekaligus mengharamkan murtad sama sekali.
Namun, Akta Jenayah Shariah yang diluluskan oleh Umno untuk Wilayah Persekutuan sendiri tidak mengharamkan murtad.
Jelaslah Umno selama ini bertoleransi dengan murtad. Rekod Umno di dalam memerangi murtad adalah amat buruk dan sangat-sangat dikesali.
Maka, apakah hak Mashitah untuk mengkritik PAS hanya kerana PAS bersikap hati-hati dengan JAIS? Bukankah JAIS sendiri tidak konsisten di dalam menangani gejala murtad?
Mengapa gereja DUMC yang kesnya tidak jelas boleh diserbu sebegitu namun Masjid Qadyani di Kampung Nakhoda terus dibiarkan beroperasi sehingga sekarang?
Amat tidak wajar bagi Mashitah memburuk-burukan PAS sebegini.
Thursday, August 18, 2011
TAKUT TAMPIL MENJADI SAKSI KES LIWAT, PENYAKIT BERJANGKIT DARI MAHATHIR


MAKA, memang sah sudah tiga `orang kuat' konspirasi fitnah liwat ke atas DS Anwar tiba-tiba menjadi takut untuk tampil menjadi saksi pembela di dalam kes fitnah liwat II. Setelah Najib dan Rosmah, kini bekas KPN sewaktu kes ini mula muncul iaitu Musa Hassan pula enggan menjadi saksi. Baca di sini.
Sebelum ini, bukan main hebat lagi mereka bercerita seolah-olah tahu kisah sebenar sehinggakan Najib berkata jika beliau dedahkan, akan ada yang demam. Sekarang siapa yang demam? Lojiknya, jika tahu perkara sebenar mengapa takut tampil beri keterangan? Adakah susah sangat buat Najib untuk memberitahu mahkamah bahawa memang benar Saiful datang berjumpanya untuk memohon biasiswa? Sukar sangatkah untuk menceritakan kepada mahkamah bagaimana menggigilnya dan sejuk tangan Saiful ketika menceritakan beliau telah diliwat, kemudiannya minum kopi dan makan karipap?
Musa Hassan pula selepas bersara dan pergi melakukan ibadat Umrah, masakan tidak tahu hukum bagaimana seseorang yang tahu kisah sebenar sesuatu kes mestilah sanggup tampil memberi keterangan agar tiada yang teraniaya? Nampaknya, Musa Hassan seperti takut kepada sesuatu jika beliau tampil di kandang saksi nanti. Begitu kecil jiwa bekas Ketua Polis Negara ini.
Jelas kepada kita bahawa selama ini mereka hanya berani bercakap berdegar-degar di hadapan media sahaja. Tabiat Tun Mahathir nampaknya menurun kepada pemimpin Umno yang sepatutnya berani kerana benar kerana logo keris telanjang tidak bersarung itu melambangkan sikap pahlawan Melayu. Malang sekali, keris tersebut semakin lama semakin tumpul dan akhirnya nanti akan memakan tuan.
TV company takes millions from Malaysian government...
PROGRAM JEJAK FAKIR PARLIMEN KUANTAN - 17 OGOS 2011
|
|
| Sumbangan untuk warga emas |
| Bergambar ramai warga emas dan ibu tunggal Sungai Soi bersama YB Fuziah Salleh |
| Sumbangan Hari Raya bagi ibu tunggal ( Pn.Wati ,Kpg anak air )dari YB Fuziah Salleh |
| Sumbangan Hari Raya bagi warga emas dari YB Fuziah Salleh |
| Sumbangan bagi warga Emas di Sungai Soi |