KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, April 6, 2018

MANIFESTO 100 HARI - MENGHAPUSKAN GST DAN PENGHAPUSAN HUTANG PARA PENEROKA FELDA



Pakatan Harapan sedar bahawa punca utama yang menyebabkan kehidupan rakyat tertekan sekarang ini adalah kerana sistem cukai GST yang diamalkan oleh kerajaan Umno/Bn sejak 3 tahun yang lalu.

Amat malang sekali, di dalam pembentangan Bajet oleh PM untuk tahun 2018, sistem percukaian yang jelas mencekik darah rakyat ini diteruskan. Semua Wakil Rakyat dari Pakatan Harapan di Parlimen telah berusaha sedaya upaya membantah dan menyekat usaha kerajaan untuk meneruskan percukaian GST, namun kita gagal. Pakatan Harapan cuba untuk menolak Bajet yang dibentangkan itu kerana di dalamnya terdapat lebih banyak keburukan kepada negara dan rakyat berbanding kebaikannya. Kita menolak Bajet agar kerajaan dapat menyediakan Bajet baru yang lebih melindungi kesejahteraan rakyat. Malangnya usaha kita gagal kerana kesemua Wakil Rakyat dari Umno/Bn menyokong Bajet yang dibentangkan itu, manakala Pas pula bertindak mengambil jalan selamat dengan berkecuali.


Atas sokongan kesemua Wakil Rakyat dari Umno/Bn dan ketidak tegasan Wakil-Wakil Rakyat dari Pas, maka hari ini kita terus ditekan dengan GST. Warga felda paling merasai tekanan apabila ketika mereka terpaksa membayar GST, mereka juga dihimpit dengan bebanan hutang yang ada di antaranya tidak wajar mereka tanggung samasekali.

Sehubungan itu, Pakatan Harapan meletakkan harapan rakyat di dalam Manifestonya dan terdapat 10 perkara yang kami janjikan kepada rakyat untuk kami laksanakan di dalam tempuh 100 hari Pakatan Harapan memerintah. Di antaranya kami akan menghapuskan samasekali cukai GST dan menghapuskan 50% hutang-hutang para Peneroka di samping menghapuskan hutang-hutang yang tidak wajar dikenakan kepada mereka. Pakatan Harapan juga menolak segala bentuk faedah (bunga) hutang 6.2 % yang mereka tanggung sekarang.

Apakah janji-janji kami ini boleh diyakini? Jawapannya, sudah pasti boleh kerana sebelum pemerintahan Umno/Bn di bawah Najib Razak, kita tidak ditekan dengan GST dan felda pula tidak bermasalah besar seperti sekarang. Ertinya, kita mampu bangunkan negara ini tanpa GST dan warga felda boleh hidup selesa tanpa bebanan hutang akibat skandal dan penyelewengan.

Anda tiada pilihan lain selain dari memilih Pakatan Harapan sekiranya anda mahu melihat perubahan yang jauh lebih baik dari sekarang. Selangor dan P.Pinang, kedua-dua negeri ini adalah contoh terbaik dari segi kesejahteraan rakyat di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.

UNDILAH PAKATAN HARAPAN.

Pengarah Komunikasi
Keadilan Pahang