KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, October 27, 2017

JOM MERIAHKAN KARNIVAL SAYANGI TEMERLOH DAN SOLAT HAJAT UNTUK ANWAR ESOK (SABTU) 28 OKT 17


Keadilan Cabang Temerloh akan mengadakan Karnival 2017 "Sayangi Temerloh" pada hari Sabtu (28/10/17) bertempat di perkarangan Bilik Gerakan Utama (BGU) Dun Lancang, Taman Saga, Mentakab bermula jam 08.30 pagi sehingga ke tengah malam.

Berbagai acara akan disediakan pada karnival tersebut sempena pelancaran BGU Dun Lancang, Temerloh.  Di antaranya adalah Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak,  Sukaneka, Pemeriksaan Kesihatan (Percuma), pertunjukan ular, konvoi bermotorsikal, pertunjukan seni silat, pertandingan Futsal dan lain-lain lagi.

Pada sebelah petang, Pelancaran BGU Dun Lancang akan disempurnakan oleh Ketua Wanita Keadilan Pusat, YB Zuraida Kamarudin.  

MPN Keadilan Negeri Pahang pula akan menganjurkan program Solat Hajat dan Doa Selamat untuk pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim serta mendoakan keselamatan dan kesihatan Ketua Umum Pakatan Harapan itu.   Majlis akan diadakan di BGU Dun Lancang dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah, Isyak , Solat Hajat dan Doa Selamat.

Semua Ketua Cabang serta barisan AJK diminta untuk hadir.  Orang ramai juga dijempt untuk memeriahkan karnival yang akan diadakan seterusnya bersama di dalam program Solat Hajat.

Thursday, October 12, 2017

JIKA DITANGKAP 'JERUNG', HASIL RASUAH AKAN MENINGKAT 1000 PERATUS

 
 
Kenyataan Media
12 Oktober 2017


Saya ambil maklum kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad bahawa SPRM berjaya mendapatkan kembali wang rasuah berjumlah RM21.43 juta pada tahun ini.

Kenaikan itu adalah sebanyak 400 peratus berbanding tahun lepas. Rampasan SPRM pada tahun lalu bernilai RM4.95 juga manakala pada 2015 pula bernilai RM3.94 juta.

1. Saya mengucapkan tahniah dan syabas di atas tindakan SPRM yang telah membanteras masalah rasuah di negara ini. Namun, perlu diingatkan bahawa jangan sesekali memilih bulu, dalam membuat serbuan atau pendakwaan kes rasuah di negara ini.

Setiap tindakan penguatkuasaan SPRM perlu dilaksanakan selepas menyiasat dan meneliti laporan berhubung kewujudan elemen rasuah dan salah guna kuasa oleh pihak tertentu. Dan ia tentunya perlu memberi keyakinan kepada rakyat kerana setiap kali tangkapan dibuat tertuduh berjaya didakwa dan disabitkan kesalahan di mahkamah.

2. Peningkatan rampasan wang rasuah itu sebenarnya membuktikan bahawa gejala rasuah semakin banyak dan menular. Begitu suburnya 'pokok rasuah' di negara ini. Saya yakin jika tangkapan 'jerung' dapat dilakukan hasil rasuah akan meningkat sehingga 1000 peratus.

Sebelum ini, Datuk Dzulkifli Ahmad memberi peringatan terhadap ahli politik yang melakukan rasuah bahawa mereka akan ditangkap tidak lama lagi. Namun, apa hasilnya? Sampai sekarang ahli politik yang melakukan rasuah masih bebas.

Saya rasa rakyat negara ini sudah muak dengan pelbagai alasan SPRM apabila 'rasuah besar-besaran' melibatkan pemimpin politik dibiarkan begitu sahaja seolah-olah mereka satu 'spesis' yang harus dilindungi.

3. Rasuah yang semakin berleluasa juga mencerminkan petanda tatakelola dan pengurusan buruk oleh kerajaan pusat. Membuktikan bahawa amalan rasuah sudah parah dan terus membarah di negara ini.

4. Akibat daripada itu, kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ialah ianya akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Masalah lain adalah seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya.

Jika rasuah terus berkekalan ia akan mambantutkan pembangunan sosial, melebarkan kesenjangan pendapatan dan menambahkan bebanan kewangan pada rakyat terbanyak.

Rasuah yang membarah di Malaysia telah menyebabkan pelbagai ketirisan dan pembaziran dalam kewangan kerajaan seperti yang dibangkitkan sendiri pihak kerajaan di dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara.

5. Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan infrastruktur yang dirancang, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada belanjawan atau bajet kerajaan.

Maknanya, hasil ketirisan ini akan mengurangkan pendapatan negara yang akhirnya menyebabkan pertambahan bebanan hidup rakyat melalui pengurangan subsidi bahan keperluan asas seperti gula, elektrik, petrol dan pertambahan cukai kepada rakyat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).


Ahmad Nizam Hamid
Timbalan Pengerusi
KEADILAN Pahang

Thursday, October 5, 2017

14 OKTOBER - KEADILAN PAHANG KERAH AHLI UNTUK HADIR




14 OKTOBER - HARI SAYANGI MALAYSIA 

Tanpa mengira ideologi, suku bangsa dan agama, marilah kita beramai-ramai berkunjung ke Padang Timur, MBPJ, Petaling Jaya (berhampiran Pejabat PPBM) pada 14 Oktober 2017 bermula jam 04.00 petang.

Hanya satu matlamat, iaitu menunjukkan kita rakyat Malaysia amat menyayangi negara tercinta ini. Bukti kasih dan cinta kita kepada negara ini hanyalah satu, iaitu bersihkan negara ini dari perosak-perosak kemakmuran dan kemajuan negara. Mana-mana negara tidak akan selamat selagi dipimpin oleh kleptokrasi atau penyamun dan penyangak.

Bulatkan tekad untuk memulakan perubahan kepada negara. Ekonomi negara perlu diselamatkan kerana ekonomi adalah punca kepada susah atau senangnya sesebuah negara. Negara yang ekonominya kukuh dan mahu tetapi jika dipimpin oleh kleptokrasi, pasti akan hancur. Apatah lagi negara yang ekonominya dhaif, kewangannya susut, hutangnya bertambah, rakyat semakin melarat, apakah negara itu akan selamat, aman maju dan jaya jika dipimpin oleh kleptokrasi?

Sehubungan itu, Keadilan Pahang meminta semua ahli dan penyokong Keadilan serta Pakatan Harapan dan rakyat Pahang untuk turun beramai-ramai bagi menzahirkan suara kita yang mahukan perubahan.